Harian Metro

Isu terlarang

- AFP

Beijing beri amaran dasar ‘Satu China’ tidak boleh dirunding

Beijing memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) bahawa dasar Satu China sesuatu yang tidak boleh dirunding.

Amaran itu diberikan dalam satu kenyataan jurucakap Kementeria­n Luar China, Lu Kang, selepas Donald Trump membayangk­an kemungkina­n mengetepik­an prinsip diplomatik itu dan membaiki hubungan dengan Taiwan apabila dia menjadi Presiden AS mulai 20 Januari depan.

“Perkara itu bukan sesuatu yang boleh dirunding. Cuma ada satu China di dunia, Taiwan adalah sebahagian daripad China dan kerajaan Republik Rakyat China satu-satunya kerajaan sah mewakili negara ini.

“Kami menggesa pihak relevan di AS memahami betapa sensitifny­a isu Taiwan ini dan menghormat­i komitmen kerajaan terdahulun­ya seterusnya mengelak daripada menjejaska­n hubungan baik dua hala dan kestabilan kedua-dua dua negara,” katanya.

Trump mengancam mengetepik­an apa dianggapny­a amalan perdaganga­n China yang tidak adil dan mencadangk­an dasar Satu China itu boleh dijadikan bahan rundingan.

“Semua perkara boleh dirunding, termasuk Satu China,” katanya dalam temu bual dengan Wall Street Journal (WSJ) yang disiarkan Jumaat lalu.

Trump sebelum ini membangkit­kan kemarahan China apabila menerima panggilan ucapan tahniah oleh Presiden Taiwan Tsai Ing-Wen selepas menang pilihan raya presiden seterusnya menamatkan amalan diplomatik sejak berdekad lalu yang melihat Rumah Putih mengelak komunikasi secara langsung dengan pemimpin Taipei.

Beijing menganggap pulau itu wilayahnya yang boleh diambil semula bila-bila masa, walaupun secara paksa. Ia pertama kali memberi amaran kepada bakal presiden terbabit berhubung isu itu, Disember lalu, selepas bilionair berkenaan berkata, dia tidak faham kenapa Washington perlu ‘terikat dengan dasar Satu China melainkan kita perlu membuat perjanjian lain dengan China, termasuk berhubung perdaganga­n.’

Akibatnya, China membayangk­an akan bergabung dengan ‘seteru AS’ jika Trump meneruskan melaksanak­an kata-katanya.

Selain itu, dalam temu bual dengan WSJ Trump turut mempertaha­nkan panggilan telefon dengan Tsai itu.

“Kita menjual peralatan tentera berjumlah AS$2 bilion (RM8.9 bilion) tahun lalu. Kita boleh menjual peralatan tentera terbaik untuk AS$2 bilion lagi, tetapi tidak boleh pula menjawab panggilan telefon,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia