Harian Metro

Misi tamat badi

- AFP

„ Murray mahu elak rekod tewas Terbuka Australia

A(gambar)

ndy Murray memulakan misi menamatkan badi kekalahan final Terbuka Australia ke atas pencabar utamanya Novak Djokovic dan menjadi juara terhebat sepanjang zaman dalam kejohanan itu.

Murray, pemain nombor satu dunia, mahu mengelak menjadi pemain pertama dalam era kejohanan Terbuka selepas 1968 yang tewas enam final Grand Slam dalam kejohanan sama.

Jurulatihn­ya Ivan Lendl tewas lima perlawanan akhir Terbuka Amerika Syarikat sebelum meraih kejayaan di New York pada 1985.

Murray, yang memulakan kempennya menentang pemain Ukraine Illya Marchenko di Arena Rod Laver berkata, dia berada dalam kedudukan terbaik untuk meraih kejayaan sulung Terbuka Australia.

“Saya berasa yakin selepas mengakhiri musim lalu,” kata Murray.

“Saya suka berada di sini. Saya sukakan keadaannya. Saya bermain dengan baik sejak beberapa tahun lalu tapi masih belum mampu melepasi halangan terakhir.

“Namun saya fikir, saya berada dalam kedudukan baik untuk melakukann­ya. Saya mempunyai peluang untuk menang di sini.”

Murray baru saja melepasi kempen 2016 yang menakjubka­n termasuk menjulang gelaran Wimbledon kedua, berjaya mempertaha­nkan gelaran Olimpik dan menyingkir­kan Djokovic untuk menjadi pemain nombor satu dunia buat kali pertama.

Murray diundi untuk bertemu pilihan kelima dari Jepun Kei Nishikori atau legenda Switzerlan­d Roger Federer pada suku akhir dan juara 2014 Stanislas Wawrinka pada separuh akhir.

Dia mendapat sokongan Lendl dalam pasukannya dan sedar perlu terus meningkatk­an kualiti permainan untuk mengetepik­an lawannya dan kekal menguasai ranking dunia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia