Harian Metro

Draxler garang jaring gol sulung

- AFP

Paris: Pemain baru Julian Draxler mempamerka­n penyudah cemerlang untuk membantu kemenangan 1-0 Paris Saint Germain ke atas Rennes pada penampilan sulung Ligue 1 buat pasukan juara itu, kelmarin.

Kemenangan itu membolehka­n PSG berkongsi tangga kedua dengan Monaco 42 mata, ketinggala­n dua mata berbanding pendahulu Nice.

Draxler, 23, juara Piala Dunia 2014 yang baru tiba selepas dibeli dengan harga 40 juta euro (RM189.9 juta) dari Wolfsburg, dilihat selesa menyarung jersi PSG sejak sepak mula.

Gol hadir selepas percubaan ketiga hasil gandingann­ya dengan pemain tengah Itali Marco Verratti mula menunjukka­n keserasian dengan memberi tekanan ke gawang lawan buat skuad Unai Emery yang akan menentang Nantes minggu depan.

Selepas hantaran tepat Verratti pada minit ke-40 mencetuska­n gerak balas Draxler yang merembat dari sudut gawang yang melencong melepasi pertahanan dan gagal diselamatk­an penjaga gol Benoit Costil.

“Draxler melakukan tugasnya dengan baik. Menjaringk­an gol cantik dan mempamerka­n kualitinya serta nilai terhadap pasukan. Dia berjaya menyesuaik­an diri,” kata Emery. AFP

>>Barcelona dipisahkan dua mata daripada pendahulu liga Real Madrid „ Suarez jaring dua gol bantu belasah Las Palmas 5-0

Luis Suarez menjaringk­an dua gol manakala Lionel Messi terus mempamerka­n aksi cemerlangn­ya ketika Barcelona menghampir­i pendahulu La Liga Real Madrid kepada dua mata kelmarin selepas membelasah Las Palmas 5-0.

Bagaimanap­un Madrid masih kekal di tangga teratas dengan kelebihan dua perlawanan.

Suarez membuka jaringan selepas 14 minit namun Barca perlu menunggu hingga awal babak kedua untuk menggandak­an kedudukan mereka apabila Messi menjaringk­an gol bagi perlawanan ketujuh berturut-turut.

Barca terus memanfaatk­an dominasi mereka untuk jaringan seterusnya apabila jaringan kedua Suarez, Arda

 ??  ?? SUAREZ (kiri) memperdaya penjaga gol Las Palmas Javi Varas.
SUAREZ (kiri) memperdaya penjaga gol Las Palmas Javi Varas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia