Harian Metro

SELESAI SECARA DALAMAN

- AFP

Leicester, England

Antonio Conte menegaskan akan menyelesai­kan masalah Chelsea secara dalaman selepas menafikan wujudnya pertelagah­an dengan penyerang bintangnya Diego Costa.

Conte menyaksika­n kemenangan aksi Liga Perdana Inggeris ke atas Leicester City 3-0 tanpa Costa yang tidak diturunkan berikutan laporan pertelagah­an dengan jurulatih kecergasan Julio Tous selain minat yang ditunjukka­n kelab di China.

Namun jurulatih Itali itu menegaskan ketiadaan Costa di Stadium King Power itu berpunca daripada kecederaan dan mendakwa sebarang masalah dengan pemainnya akan ditangani di bilik persalinan.

“Saya membaca terlalu banyak spekulasi mengenai topik ini,” kata Conte yang menjelaska­n akan menilai tahap kecergasan Costa minggu depan.

“Saya boleh beritahu anda jika ada masalah dan saya ulangi ‘kalau’ membabitka­n pemain, saya biasanya akan menyelesai­kannya di bilik persalinan, bukannya di luar, bukan ketika sidang media.

“Percayalah, apa yang saya beritahu adalah perkara yang benar. Jika kita terus berkata kalau, ia hanya mencetuska­n lebih banyak kalau, kalau, kalau.

“Saya tidak suka menjawab soalan seperti ini. Kalau, kalau. Kita perlu nikmati kejayaan ini. Kemenangan ke atas Leicester bukan sesuatu yang mudah.

“Adalah penting untuk menghormat­i kejayaan dan pemain kami selepas aksi yang hebat.

“Jika anda mahu tahu perkara sebenarnya, saya sedia memberitah­u perkara sebenar. Selasa lalu, sewaktu sesi latihan, Costa berhenti berlatih kerana mengalami kesakitan belakang.

“Sejak hari itu dia tidak berlatih sepanjang minggu. Sepanjang musim ini hanya hari ini dia tidak dapat menyertai kesebelasa­n utama. Itulah punca sebenarnya.

“Saya tidak tahu menahu mengenai tawaran (dari China). Kelab tidak memberitah­u

„ Conte harap pertelingk­ahan dengan Costa dapat diselesaik­an secara baik

saya mengenainy­a. Ia hanya satu spekulasi.”

Pasukannya melebarkan jurang kepada tujuh mata berbanding Tottenham Hotspur di tangga kedua menerusi dua gol pemain Sepanyol, Marcos Alonso (m-6 dan m-51) dan satu lagi menerusi Pedro Rodriguez (m-71).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia