Harian Metro

‘Kami mampu cabar kejuaraan’

-

London: Mauricio Pochettino percaya Tottenham Hotspur sudah membuktika­n mereka mampu terus mencabar gelaran Liga Perdana selepas hampir menjuarain­ya musim lalu.

Cabaran Spurs beransur pudar pada minggu-minggu terakhir musim lalu, menduduki tangga ketiga pada hari terakhir kempen selepas mengejar pasukan juara Leicester sepanjang separuh kedua musim lalu.

Namun Pochettino yakin pemainnya belajar daripada pengalaman itu dan selepas naik ke tangga kedua hasil kemenangan berat sebelah ke atas West Bromwich Albion 4-0 yang juga kemenangan liga keenam berturut-turut, mampu merapatkan jurang tujuh mata dengan pendahulu liga Chelsea. “Kami perlu terus berjuang tapi kini kami lebih yakin,” kata Pochettino. “Kami jauh lebih baik berbanding musim lalu. Kami membuktika­n betapa kami banyak belajar daripada musim lalu, kami semakin matang. Hari ini kami tidak bolos sebarang gol.”

Swansea, Wales: Arsene Wenger memuji Alexis Sanchez selepas Arsenal membelasah Swansea 4-0 di Stadium Liberty, biarpun bintang Chile itu naik angin apabila digantikan.

Sanchez menjaringk­an gol terakhir Arsenal pada hari yang mana pengurus baru Swansea Paul Clement menyaksika­n betapa sukarnya tugas mengekalka­n kelab itu dalam saingan Liga Perdana.

Sanchez, 28, dikeluarka­n pada suku terakhir perlawanan apabila Wenger mahu memberi peluang Danny Welbeck yang baru saja pulih untuk lebih masa permainan.

Biarpun Sanchez dilihat tidak gembira dengan keputusan itu,

Skuad Pochettino menamatkan siri 13 kemenangan Chelsea di liga itu apabila menewaskan skuad Antonio Conte pada perlawanan liga sebelum ini.

Selepas jaringan hatrik Harry Kane dan gol Gareth McAuley ke gawang sendiri membolehka­n mereka menewaskan West Brom, pengurus Spurs berpuas hati susulan kemenangan sebelumnya.

“Tempoh 45 minit pertama sungguh menakjubka­n, aksi bola sepak hebat,” kata Pochettino.

“Kami boleh merasai kegembiraa­n dengan persembaha­n itu dan pemain beraksi cemerlang ketika berdepan lawan yang mencabar.” - AFP Wenger tidak ambil peduli dengan insiden berkenaan.

“Saya fikir dia (Sanchez) begitu hebat. Saya merehatkan­nya selama dua minggu dan memberikan­nya peluang berehat. Saya rasa dia mendapat manfaat daripadany­a,” kata pengurus Arsenal itu.

“Saya memberikan satu lagi tempoh rehat untuknya, supaya dia mendapat manfaat daripadany­a. Dia pemain yang amat berpengaru­h.

“Apabila anda melihat kepada angka, dia terbabit dalam 25 gol untuk pasukan tapi kami juga mempunyai penyerang di bangku simpanan yang turut mahu menguji kekuatan mereka.

“Kami mendahului 4-0, dia baru kembali daripada berehat panjang, begitu juga Mesut Ozil yang baru sembuh, jadi ia satu peluang yang bagus untuk tidak bertindak bodoh.

“Semua pemain pastinya kecewa apabila dikeluarka­n, ada yang menunjukka­nnya, ada yang tidak. Saya membuat keputusan apa yang saya rasa betul, itu saja.” - AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Saya fikir dia (Sanchez) begitu hebat. Saya merehatkan­nya selama dua minggu dan memberikan­nya peluang berehat. Saya rasa dia mendapat manfaat daripadany­a”
Saya fikir dia (Sanchez) begitu hebat. Saya merehatkan­nya selama dua minggu dan memberikan­nya peluang berehat. Saya rasa dia mendapat manfaat daripadany­a”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia