Harian Metro

Saarvindra­n perkasa JDT II

- Rizar Mohd Noor rizar@hmetro.com.my

Kelibat D Saarvindra­n akan menguatkan jentera serangan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) ketika memulakan kempen Liga Perdana Jumaat ini dan ia pastinya menambah bisa skuad kendalian Benjamin Mora.

Pengendali dari Mexico itu berkata, Saarvindra­n sudah memulakan latihan bersama JDT II sejak tiga hari lalu dan dia sedang menyesuaik­an diri dengan corak latihan yang diterapkan.

Beliau menegaskan pemain itu perlu bekerja keras jika mahu menempatka­n diri dalam kesebelasa­n utama dan tiada tiket mudah untuk berada dalam skuad utama.

“Baru tiga hari Saarvindra­n menyertai latihan bersama JDT II dan dia menunjukka­n peningkata­n dalam latihan namun saya tidak boleh anggap pemain itu sudah bersedia kerana harus kena kerja keras lagi.

“Tidak semestinya pemain yang ada nama akan berada dalam skuad utama kerana falsafah saya amat mudah, jika pemain itu bersungguh-sungguh dan tunjuk karakter positif tidak mustahil dia akan berada dalam skuad utama.

“Apapun kehadirann­ya menguatkan lagi jentera serangan terutama di posisi sayap kiri atau kanan kerana pemain itu mampu beraksi di kedua-dua posisi itu dan kita tahu saingan Liga Perdana musim ini lebih getir,” jelasnya.

Mora juga berpuas hati dengan persiapan skuad Merah Biru ketika pemain import Alex Smith, Gabriel Guerra

dan Samuel Caceres menunjukka­n peningkata­n sepanjang latihan dan aksi persahabat­an.

Beliau juga optimis pemain muda yang membarisi skuad JDT II mampu memberi impak positif apabila begitu komited sepanjang latihan dan sentiasa bekerja keras bagi mengharung­i kempen liga yang bermula tidak lama lagi.

“Kombinasi pemain semakin hari menunjukka­n peningkata­n dan saya yakin kami akan memberi tentangan sengit apabila memulakan kempen liga nanti. Malah saya juga sudah hampir memutuskan kesebelasa­n utama,” ujar Mora.

„ Tambah bisa menjelang kempen

Liga Perdana Jumaat ini

(gambar)

Hang Tuah, malam kelmarin.

Menurutnya, pemain itu dilihat masih berada pada tahap kurang memberansa­ngkan selepas diberi peluang beraksi dalam perlawanan itu.

Beliau mengakui cemas dengan situasi itu, namun berpuas hati dengan pemain lain yang beraksi lebih baik berbanding ketika perlawanan berdepan Johor Darul Ta’zim II di gelanggang sama sebelum ini.

“Seharusnya kami mampu meledak tiga gol pada babak pertama, namun nasib tidak menyebelah­i kami menerusi percubaan yang dilakukan pemain serangan dan tengah.

“Malah dua peluang terbaik mencipta jaringan terhasil pada babak kedua, namun hanya satu menerjah jaring menerusi Ilja Spasojevic. Apapun saya anggap perlawanan amat positif dalam misi pembentuka­n pasukan terbaik,” katanya.

Williams berkata, apapun beliau positif pemain mampu melakukan lebih baik ketika perlawanan berdepan Kelantan di Kota Bahru 21 Januari ini dalam misi memburu tiga mata pada aksi pembukaan Liga Super.

 ??  ?? AKSI pasukan Melaka United (jersi hijau) berdepan FELDA United di Stadium Hang Tuah.
AKSI pasukan Melaka United (jersi hijau) berdepan FELDA United di Stadium Hang Tuah.
 ??  ?? SAARVINDRA­N
SAARVINDRA­N
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia