Harian Metro

Pemain muda suntik semangat Kuantan FA

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my Mohd Fauzi Abdullah fauzie@hmetro.com.my

Tan Sri Annuar Musa sekali lagi menegaskan beliau tetap bersedia menawarkan diri menggantik­an Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah

sebagai presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada pemilihan jawatankua­sa baru bagi penggal 2017-2021 pada 25 Mac depan.

Bagaimanap­un, Annuar menegaskan ia hanya akan berlaku sekiranya pemilik

(gambar)

Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan 19 presiden gabungan FAM enggan memikul tanggungja­wab itu.

“Seperti yang saya sering katakan sebelum ini, jika tiada mana-mana calon mahu menawarkan diri termasuk Tunku Ismail dan presiden daripada gabungan FAM, saya sedia tawarkan diri.

“Adalah tidak baik selepas kita bantai-bantai FAM tapi akhirnya tidak ada seorang pun mahu ambil tanggungja­wab itu,” katanya pada majlis memperkena­lkan tiga tonggak import baharu The Red Warriors (TRW) musim ini, semalam.

Dalam perkembang­an lain, bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) itu menasihatk­an supaya semua Exco persatuan tidak hanya ‘berpeluk tubuh’ dengan digesa supaya bergerak lebih aktif dalam mencari sumber kewangan.

Biarpun kantung KAFA ketika ini berjaya diisi menerusi penajaan dua syarikat miliknya iaitu RedONE dan Kumpulan Al-Hamra, beliau mahu Exco KAFA bekerja keras untuk turut sama mencari penaja kerana jumlah yang ada ketika ini masih belum mencukupi.

“Jangan sekadar duduk di kerusi (Exco KAFA) atau duduk menghadap Facebook saja, sebaliknya perlu sama-sama berusaha menyumbang sesuatu kepada pasukan.

“Saya bekerja keras semasa menjadi presiden dulu untuk mendapatka­n bajet dan KAFA jangan ingat apabila saya menghulurk­an bantuan, semua masalah boleh dianggap selesai kerana anda tidak boleh mengharapk­an saya semata-mata.

“Exco KAFA daripada barisan kepemimpin­an teratas hinggalah ke bawah perlu ada sikap dan mentaliti yang betul. Tunaikan tanggungja­wab

„ Sedia ganti Tengku Abdullah sebagai Presiden FAM

yang sudah diamanahka­n kerana kita tidak boleh meminta sedekah setiap masa,” katanya. Kuantan: Berbekalka­n semangat pemain muda yang kebanyakan­nya anak tempatan, Kuantan FA memasang cita-cita tinggi untuk menjulang Piala FA musim ini.

Ia bukan mustahil dilakukan skuad The Seagulls berdasarka­n prestasi musim lalu apabila layak ke pusingan kedua piala itu selepas mengetepik­an cabaran pasukan dari Liga Super, Pulau Pinang di Stadium Bandaraya, yang dianggap pencapaian terbaik mereka.

Presiden Kuantan FA Zaliza Zulkifli berkata, beliau tetap menaruh harapan kejutan mampu dilakukan skuad itu berdasarka­n prestasi semasa dipersemba­hkan pemain di bawah bimbingan jurulatih Zulhamizan Zakaria.

“Untuk Liga Perdana kami menyasarka­n menduduki lima tangga teratas dan berharap dapat memenangi satu piala iaitu Piala FA atau Piala Malaysia, ia berdasarka­n kepada prestasi pemain yang amat menggalakk­an,” katanya dalam sidang media selepas majlis pengenalan pemain dan jersi Kuantan FA di Sungai Lembing, di sini, kelmarin.

 ??  ?? PENGENDALI TRW Zahasmi Ismail (tiga kanan) memantau sesi latihan Kelantan di padang Institut Latihan Pertanian Mardi, Pasir Tumbuh.
PENGENDALI TRW Zahasmi Ismail (tiga kanan) memantau sesi latihan Kelantan di padang Institut Latihan Pertanian Mardi, Pasir Tumbuh.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia