Harian Metro

Penyokong PP hantar petisyen khas

- Rudy Syareme Sheriffudi­n sukan@hmetro.com.my

Georgetown: Kecewa dengan rekaan jersi baru pasukan bola sepak Pulau Pinang, satu petisyen khas dilancarka­n oleh penyokong bola sepak Harimau Kumbang dan penyokong bola sepak tempatan dalam laman sosial, di sini, semalam.

Petisyen khas “Tukar Design Jersi Penang FA 2017” yang dihantar kepada tiga pihak iaitu Penang Panthers Supporters, pasukan bola sepak Pulau Pinang dan Legea Sport Penang untuk mendesak supaya satu pertimbang­an semula dibuat.

Sejak dilancarka­n oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Stadium Bandaraya Jumaat lalu, pelbagai kritikan diterima dari penyokong kerana tidak berpuas hati dengan reka bentuk jersi yang terlalu ringkas, mudah dicetak rompak dan tidak menunjukka­n identiti pasukan.

Ada yang mendesak untuk memboikot pembelian jersi yang mereka dirasakan tidak berbaloi.

Bagi pengurus Pulau Pinang, Zairil Khir Johari, reka bentuk terbaru jersi Pulau Pinang sebenarnya menarik dan bercorak klasik dan lebih menarik lagi dengan logo penaja.

Beliau berkata, pihaknya sedar cita rasa sesetengah pihak amat berbeza selain agak mustahil untuk memuaskan hati semua kerana ada pihak yang menyukainy­a walaupun ringkas tetapi menarik.

Katanya, sebagai penyokong setia akan lebih bangga memakai logo pasukan kerana ia lambang pasukan yang sebenar bukannya baju dan trend terkini adalah ke arah yang lebih ringkas.

“Lihat sahaja jersi pasukan lain ia lebih menarik dan ringkas dan tiada siapapun yang mempertika­ikannya dan rasanya agak curiga dengan motif sesetengah pihak yang cuba bertindak melakukan hasutan,” jelasnya.

 ??  ?? JERSI baru pasukan bola sepak Pulau Pinang musim 2017.
JERSI baru pasukan bola sepak Pulau Pinang musim 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia