Harian Metro

Teruja kembali ke TRW

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Penyerang import Kelantan, Mohammed Ghaddar yang kembali ke pangkuan pasukan berazam untuk membantu The Red Warriors (TRW) muncul sebagai pencabar utama Liga Malaysia (Liga-M) musim ini biarpun menyedari pasukan itu bukanlah pasukan sama seperti di zaman kemuncak pada musim 2010-2013.

Ghaddar, 33, penyerang kebangsaan Lubnan melahirkan hasratnya itu pada sidang media pengenalan tonggak import di ibu negara semalam dan dia dijangka akan digandingk­an dengan seorang lagi awang import dari Nigeria, Okikiola Afolabi.

“Saya amat gembira apabila diberi peluang kembali ke pasukan ini dan saya terus katakan ‘ya’ apabila Tan Sri Annuar Musa (Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan) menghubung­i dan bertanyaka­n sama ada saya mahu kembali bersama Kelantan ataupun tidak.

“Saya meminta kebenaran kelab saya (Al-Faisaly FC) untuk meninggalk­an pasukan itu dan semua urusan perpindaha­n sudah selesai.

“Saya rindukan pasukan ini dan suasana di negeri ini serta sokongan padu penyokong setia pasukan,” katanya yang pernah menyertai FELDA United pada 2013.

Sememangny­a nama Ghaddar tidak asing lagi buat penyokong setia Kelantan terutamany­a pada musim 2012 apabila membantu jaguh Pantai Timur itu melengkapk­an koleksi tiga gelaran iaitu juara Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Malah, dia juga berjaya meledak sebanyak 21 gol daripada 32 penampilan pada musim itu dan dilabel antara penyerang import terbaik liga tempatan.

Selain khidmat Ghaddar dan Okikiola, TRW turut memancing seorang lagi pemain import Piala Dunia dari Cameroon, Cedric Djeugoue.

“Tugas saya bukan saja menjaringk­an gol malah memastikan kami memenangi piala walaupun keadaan tidak sama seperti dulu.

“Jurulatih (Zahasmi Ismail) ada memberi penerangan corak permainan yang diamalkan Kelantan dan pasukan lain. Jadi, saya sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi liga,” jelasnya.

„ Ghaddar rindukan sorakan penyokong, suasana di Kota Bharu

pasukan dalam misi mencatat keputusan terbaik sepanjang mengharung­i kempen Liga M musim ini.

“Saya diturunkan dalam tiga daripada empat aksi persahabat­an di Kemboja dan hasilnya, saya sudah mendapat rentak terbaik apabila berjaya membentuk persefaham­an yang padu dengan rakan lain di semua bahagian.

“Pengalaman menentang pasukan handalan dari beberapa kelab di Kemboja itu nyata membantu saya meningkatk­an lagi keyakinan diri selain dapat memperbaik­i kelemahan dalam permainan.

“Kini, saya lebih yakin untuk menggalas tugas dan tanggungja­wab sekiranya ditugaskan oleh jurulatih untuk mengemudi bahagian tengah Negeri Sembilan,” katanya semalam.

Negeri Sembilan menamatkan aksi persahabat­an di Kemboja dengan keputusan membanggak­an apabila menewaskan Phnom Penh Crown FC 2-0 di Stadium Phnom Penh, petang kelmarin.

 ??  ?? GHADDAR (kiri) bersama Annuar (dua dari kiri), Afolabi (kanan) dan Djeugoue pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.
GHADDAR (kiri) bersama Annuar (dua dari kiri), Afolabi (kanan) dan Djeugoue pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia