Harian Metro

Afdlin lepas geram

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Kemunculan Afdlin

Shauki & Acidiz Band yang ditubuhkan pada tahun 1998 mencetuska­n fenomena tersendiri dalam arena muzik industri tempatan.

Mana tidaknya, band ini dianggotai nama besar seperti Afdlin Shauki selaku vokalis, Pacai (bass), Fendi (dram), Acis (keyboard) dan Aji (gitar). Boleh dikatakan majoriti persembaha­n band ini mendapat pujian ramai.

Namun pada 2005, perjuangan Acidiz Band yang mengangkat genre R&B dan jaz terhenti begitu sahaja.

Terbaru, band yang masih mengekalka­n ahli kumpulan sama sejak 18 tahun lalu itu kembali beraksi dalam satu acara yang diberi nama Standing Up Singing yang berlangsun­g di Comedy Planet, Great Eastern Mall, Kuala Lumpur.

Pada acara itu, Afdlin bersama muzik pengiringn­ya memulakan persembaha­n kira-kira jam 9 malam dan berakhir pada 11 malam.

Standing Up Singing terbahagi kepada dua segmen dan setiap satunya berlangsun­g selama 60 minit.

Bagi setiap segmen,

Afdlin menyanyika­n antara 10 hingga 15 lagu menggabung­kan pelbagai rentak moden seperti R

& B dan jaz dalam bahasa Inggeris serta Melayu.

Lebih menarik, pada setiap persembaha­n Afdlin turut membuat stand up comedy (aksi lawak secara langsung) yang berjaya menggelete­k hati setiap penonton yang hadir pada malam itu.

Hampir 100 penonton hadir ke acara berkenaan, Afdlin nyata teruja dan tidak menyangka dia masih mampu menyanyi dan mengingati lagu yang pernah dipopulark­annya dulu.

Menurut Afdlin, segala persiapan bersama ahli Acidiz dilakukan melalui telefon dan mereka bertemu sehari sebelum acara untuk raptai penuh.

“Terus terang, saya terkejut apabila boleh menyanyi lagi. Selalunya saya hanya bernyanyi di dalam kereta bersama pembantu peribadi.

“Apa yang mengejutka­n, ahli Acidiz juga masih boleh ingat setiap lagu yang pernah kami persembahk­an.

“Alhamdulil­lah acara hari ini berjalan lancar dan diharap rakan serta peminat yang datang terhibur dengan persembaha­n kami,” katanya.

Afdlin berkata, dia puas apabila impiannya untuk kembali beraksi tercapai.

“Susah untuk saya gambarkan kepuasan ini. Rasanya sudah lama saya tak rasa seronok seperti ini. Ini kerana bidang nyanyian adalah cinta pertama saya namun terpaksa ditinggalk­an kerana mahu menceburi bidang

Kembali menyanyi dalam acara Standing Up Singing bersama Acidiz Band

 ??  ?? AFDLIN berharap dia dan Acidiz Band dapat membuat persembaha­n sebulan sekali.
AFDLIN berharap dia dan Acidiz Band dapat membuat persembaha­n sebulan sekali.
 ??  ?? AFDLIN nyata masih berbisa meski sudah lama tidak menyanyi.
AFDLIN nyata masih berbisa meski sudah lama tidak menyanyi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia