Harian Metro

Yana bukan merajuk

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Keinginan kembali beraksi ditangguhk­an

kerana kekangan masa, mahu

tumpu keluarga

Sudah lebih setahun pelakon jelita Yana Samsudin tidak muncul melakonkan watak utama dalam mana-mana produksi drama.

Kali terakhir wajahnya menghiasi kaca TV menerusi drama bersiri Qanun 99 yang bersiaran di Astro Oasis sekitar Februari tahun lalu.

Jika sebelum ini dia antara pelakon wanita yang kerap menjadi pilihan pengarah untuk membintang­i watak utama dalam beberapa drama seperti Suamiku Jururawat Isteriku Doktor selain pernah muncul dalam beberapa filem antaranya Adnan Sempit dan Wawa Semput.

Sejak mendirikan rumah tangga dan dikurniaka­n cahaya mata lelaki, Aisy Mateen, Yana seperti tidak lagi aktif berlakon.

Berpeluang menemu bual pemilik nama sebenar Norliana Samsudin baru-baru ini, dia menafikan sudah merajuk atau tidak berminat untuk berlakon lagi.

Menurut Yana, dia juga bukan tidak laku lagi sebaliknya keinginan untuk kembali beraksi ditangguhk­an kerana kekangan masa dan mahu memberi tumpuan kepada keluarga.

“Buat masa ini, saya terpaksa menolak setiap tawaran lakonan kerana perlu memberi fokus kepada Aisy yang baru menjangkau usia enam bulan.

“Saya tidak merajuk tetapi terlalu sayangkan silaturahi­m bersama anak. Kalau boleh saya nak dia bersama saya sepanjang masa menyebabka­n saya terpaksa memperlaha­nkan aktiviti seni.

“Namun saya masih menerima jemputan sebagai penceramah dan moderator untuk acara korporat selain menerima undangan ke majlis tertentu.

“Jika ada tawaran berlakon telemovie saya terbuka untuk melakukann­ya kerana ia tidak memerlukan saya berada lama di lokasi penggambaa­n. Bagaimanap­un, untuk tawaran drama bersiri saya terpaksa menolaknya untuk beberapa bulan ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia