Harian Metro

Azam beralih ke pop rock

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Pernah aktif dengan muzik rock alternatif, pendatang baru Azam Smile, 29, akur untuk fokus dengan muzik pop rock sesuai dengan permintaan masyarakat sekarang.

Walaupun muzik yang dibawa kali ini tidak sepenuhnya rock, dia tiada masalah kerana sudah menggangga­p muzik sebahagian daripada dirinya.

Single pertama taruhannya berjudul Sudahlah Sayang hadir dengan konsep pop rock. Ia dicipta Aiman atau lebih dikenali dengan Zul 2 By 2.

Berkongsi hal itu, pemilik nama penuh Mohd Azam Abidin ini ketika ditemui berkata, dia bersyukur kerana dapat bekerjasam­a dengan Zul yang sering tampil dengan lagu segar dan popular.

“Sebelum ini saya aktif bersama kumpulan muzik, tetapi lebih kepada persembaha­n di majlis keramaian. Apabila bertemu Abang Zul dia menyaranka­n saya untuk cuba beralih muzik yang sesuai dengan permintaan masyarakat.

“Saya anggap ini cabaran untuk saya. Syukur saya tiada masalah untuk menghasilk­an lagu ini kerana abang Zul banyak membantu dan memberi tunjuk ajar,” katanya.

Sebelum ini Azam bersama kumpulanny­a iaitu Karoshi Band dan kini dia

Tampil single pertama, Sudahlah

Sayang ciptaan Zul 2

By2

berpeluang tampil solo.

Biarpun terpaksa mengambil masa yang lama dia tidak kisah, malah rakan dalam band berkenaan tidak menghalang hasrat Azam untuk tampil solo.

“Karoshi Band adalah projek band khas saya dan rakan. Kami akan tampil bersama untuk sesuatu projek tertentu.

“Masing-masing juga ada band yang lain, jadi tidak ada masalah untuk saya tampil solo. Mereka juga turut memberi sokongan penuh apabila saya menyatakan hasrat untuk menghasilk­an lagu solo,” katanya.

 ??  ?? Saya anggap ini cabaran untuk saya. Syukur saya tiada masalah untuk menghasilk­an lagu ini kerana abang Zul banyak membantu dan memberi tunjuk ajar
Saya anggap ini cabaran untuk saya. Syukur saya tiada masalah untuk menghasilk­an lagu ini kerana abang Zul banyak membantu dan memberi tunjuk ajar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia