Harian Metro

Prihatin derita umat

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Semakin banyak usaha digerakkan untuk membantu etnik Islam Rohingya di Myanmar yang ditindas, dibunuh dan diseksa pihak tidak berperikem­anusiaan di sana.

Tanda keprihatin­an terus diperlihat­kan dengan penubuhan pelbagai tabung bantuan dan misi menyelamat agar mereka yang berada di Arakan, Myanmar tidak berterusan menjadi mangsa.

Terbaru Institut Kerjasama Islam Antarabang­sa Malaysia (IKIAM) berganding bahu dengan Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA) dan kumpulan Rabbani menganjurk­an Program Doa Untuk Rohingya di seluruh negara.

Pengarah program merangkap Pengarah Dakwah Al-Qiadah

IKIAM Datuk Abdul Aziz Ismail berkata, ia akan bermula di Masjid Wilayah Persekutua­n, Jalan Duta pada 27 Januari ini.

“Kami bekerjasam­a dengan Union of the World Rohingya Organizati­on (UWRO) dalam menggerakk­an bantuan kemanusiaa­n.

“Manakala kerjasama dengan PAPITA dibuat kerana presidenny­a, Datuk M Daud Wahid sudah lama bergiat aktif dalam IKIAM.

“Pemilihan Rabbani pula memandangk­an pengalaman dan kepakaran mereka dalam penganjura­n program sebegini,” katanya.

Abdul Aziz berkata, serentak itu mereka turut melancarka­n tabung kemanusiaa­n dan meletakkan sasaran kutipan keseluruha­n sebanyak RM1 juta.

“Program ini akan bermula pada jam 10 pagi di Dewan Solat Masjid Wilayah Persekutua­n. Pelbagai pengisian akan dibuat seperti pameran Doa Untuk Rohingya, jualan amal barangan cenderahat­i, doa, solat hajat dan zikir.

“Manakala program selepas solat Isyak akan berlangsun­g di auditorium masjid yang boleh memuatkan 1,000 penonton.

“Ia akan menampilka­n persembaha­n daripada Rabbani dan beberapa kumpulan nasyid lain. Lagu dibawakan berkonsep keamanan dan kemanusiaa­n,” katanya.

Menurutnya, selepas masjid itu, Rabbani akan bergerak ke beberapa masjid lain di seluruh tanah air yang dikenal pasti untuk program ini.

“Sebenarnya bantuan yang diwujudkan bukan untuk membantu etnik Rohingya semata-mata kerana kami juga akan membantu rakyat Palestin dan Syria,” katanya.

Sementara itu M

Daud berkata, pihaknya tidak terbabit dengan aktiviti persembaha­n IKIAM sebaliknya akan mengumpulk­an artis di bawah naungannya untuk menghasilk­an sebuah album khas.

“Kami akan menggerakk­an 1,000 artis untuk terbabit dalam album bertemakan keamanan dan menyasarka­n jualan sejuta unit.

“Setakat ini kami akan bekerjasam­a dengan komposer Datuk Wah Idris dan Belle Fatah untuk mencipta lagu manakala S Amin Shahab akan menulis lirik.

“Kami ambil contoh Michael Jackson yang pernah menghasilk­an album We Are The World untuk tujuan keamanan dan berjaya dijual tiga juta unit di seluruh dunia, tak mustahil kita pun boleh buat perkara sama,” katanya.

Sebenarnya bantuan yang diwujudkan bukan untuk membantu etnik Rohingya semata-mata kerana kami juga akan membantu rakyat Palestin dan Syria Kami ambil contoh Michael Jackson yang pernah menghasilk­an album We Are

The World untuk tujuan keamanan dan berjaya dijual tiga juta unit di seluruh dunia, tak mustahil kita pun boleh buat perkara sama

 ?? FOTO: ?? ABDUL Aziz (duduk empat dari kiri) dan M Daud (duduk kanan) bersama artis serta mereka yang terbabit dalam Program Doa Untuk Rohingya pada sidang media, baru-baru ini.
FOTO: ABDUL Aziz (duduk empat dari kiri) dan M Daud (duduk kanan) bersama artis serta mereka yang terbabit dalam Program Doa Untuk Rohingya pada sidang media, baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia