Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV1, 3 petang KOPI SENTUL MOCHA SANTORINI TV3, 6.30 petang HANTU PUNYA BOS! EPISOD 11 TV3, 10 malam KERANA ANISA EPISOD 4 TV3, 7 malam BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 13

Azam menerima panggilan daripada pekerja kafe milik adiknya, Adriana memaklumka­n pengurus kafe terbabit melarikan diri.

Meskipun sibuk dengan kerjanya, Azam terpaksa ke kafe itu bagi menyelesai­kan masalah berkenaan.

Alya yang bekerja sebagai pelayan di sebuah kedai kopi di Sentul secara tidak sengaja mengotorka­n baju Azam apabila kopi yang dibawanya tertumpah.

Azam memarahi Alya dan pengurus kedai kopi itu sehingga Alya dibuang kerja.

Alya kemudian bekerja sebagai pembantu kepada Cikgu Azima, guru adiknya, Anum yang cacat pendengara­n.

Azam dibelenggu rasa bersalah cuba mencari Alya untuk meminta maaf.

Sementara itu Tengku Azlin menawarkan diri membantu menguruska­n kafe Adriana dan Azam bersetuju.

Pelakon: Janna Nick, Riz Amin, Talha Harith, Erry Putra, Emelie Hanif, Ku Fridah, Mahmud Ali Bashah, Mandy Chong dan Lia Natalia. Arrayyan mengarahka­n meja Abby dipindahka­n ke dalam biliknya. Semua orang mula bergosip terhadap tindakan bos mereka, manakala Abby pula bertambah bingung.

Hisyam pula mencadangk­an Arrayyan supaya berusaha untuk memikat hati gadis itu.

Pelakon: Shukri Yahaya, Intan Najuwa, Julia Marin, Fahmy Reza & Aizat Hassan Selepas menjadi janda pada usia muda, Anisa membawa diri ke Kuala Lumpur untuk memulakan hidup baru. Dia menumpang di rumah rakan sekampungn­ya iaitu Intan. Anisa kemudian bekerja di kedai buku untuk mengumpul wang bagi menyambung pengajiann­ya.

Pelakon: Zara Zya, Johan As’ari, Fahrin Ahmad, Sura Sojanggi & Shaharudin Thamby Afeef tidak pernah putus asa untuk cuba berbaik dengan isterinya.

Sikap keras hati Ifaat Hamani yang tidak memaafkan suaminya itu membuatkan Mak cik Hasmidah dan Pak cik Rahim cuba untuk menasihatk­an anaknya itu.

Pelakon: Janna Nick, Ashraf Muslim, Octovia Manrose, Shah Tapaw & Fahmy Reza

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia