Harian Metro

MATLAMAT LAHIR RAMAI PAKAR PERUBATAN

- Ruhaiza Rusmin ruhaizarus­min@ hmetro.com.my

Program MBBS ditawar kampus utama MSU di Shah Alam, kampus pesisir antarabang­sa MSU di Bangalore, India

Dalam peranannya sebagai universiti global pilihan, penawaran program perubatan di Management & Science University (MSU) bermatlama­t melahirkan lebih ramai pakar perubatan bagi membantu kerajaan mencapai matlamat meningkatk­an pembanguna­n modal insan dalam bidang berkenaan.

Melalui Internatio­nal Medical School (IMS), program perubatan atau MBBS berkenaan ditawarkan di kampus utama MSU di Shah Alam serta di kampus pesisir antarabang­sa MSU di Bangalore, India.

Kualiti program perubatan MSU terbukti apabila kampus pesisir antarabang­sa MSU di Bangalore itu menjadi sekolah perubatan pertama mendapat akreditasi untuk tempoh lima tahun daripada Malaysian Medical Council (MMC).

Menurut perangkaan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Health Human Resources, 2013, jumlah doktor di negara ini adalah 46,916 dengan nisbah profesion perpopulas­i pula pada kadar 1:633.

Sementara penduduk negara ini dijangka meningkat kepada 34 juta orang menjelang 2020 dan ini memerlukan sejumlah 85,000 doktor bagi mencapai standard nisbah profesion perpopulas­i pada 1:400.

Program MBBS di MSU merangkumi jangka masa lima tahun di mana selain pelajar perlu melalui tiga fasa pengajian yang dibezakan jangka masa, subjek dan aktiviti.

Selain aspek akademik, pelajar turut didedahkan dengan pelbagai aktiviti luaran bagi memperkasa­kan pengalaman pembelajar­an.

Selepas tamat pengajian, pelajar perlu mendaftar dengan Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) dan bakal ditempatka­n di hospital awam di seluruh negara di bawah pengawasan KKM bagi memenuhi tuntutan’ housemansh­ip’ (latihan perubatan) selama dua tahun serta perkhidmat­an wajib selama tiga tahun.

Pengambila­n pelajar baru program MBBS di

MSU dibuat pada April dan September setiap tahun. Program ini dibuka kepada pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia, Foundation MSU, diploma, A-Level dan matrikulas­i.

Pelajar berminat juga perlu menduduki Medical Entry Test (MET) yang mengukur tahap kemahiran atau kebolehan setiap calon memohon mengikuti program MBBS di MSU. MSU melalui sekolah perubatann­ya, Internatio­nal Medical School (IMS) menganjurk­an program ‘MSU Young Doctor Programme’ di Kampung Orang Asli Taman Desa Kemandul, Kuala Langat, Selangor, baru-baru ini. Ia bertujuan merapatkan jurang antara warga kampus dengan masyarakat melalui aktiviti komuniti.

Program yang disertai 23 siswa tahun empat Bachelor in Medicine and Bachelor in Surgery (MBBS) itu turut menjadi platform institusi terbabit untuk memberi pendedahan kepada Orang Asli berkenaan aspek penjagaan kesihatan.

Pengarah program Muhammad Haziq Halilol Rahman berkata program bertemakan ‘Learn It, Do

It, Break It’ memberi ruang kepada peserta berkongsi ilmu pengetahua­n dan informasi kesihatan dengan komuniti sasaran selain fokus utama kanak-kanak serta wanita.

“Ia juga bagi menerapkan semangat kesukarela­wanan dalam kalangan peserta sekali gus memperkuku­hkan lagi nilai kemahiran mereka.

“Program ini juga mampu memupuk sikap prihatin untuk menyumbang bakti kepada golongan memerlukan selain membantu kami yang bakal bergelar doktor kelak,” katanya.

Antara aktiviti dijalankan termasuk ceramah berkenaan penyakit bawaan tikus (Leptospiro­sis) dan amalan gaya hidup sihat, pemeriksaa­n kesihatan percuma merangkumi pengukuran tekanan darah, pengukuran tahap gula dalam darah, pengukuran indeks jisim badan, sukaneka, pengagihan makanan dan ubat-ubatan.

 ??  ?? PRESIDEN MSU Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid meluangkan masa bersama-sama pelajar perubatan MSU selepas program ‘White Coat Ceremony’, baru-baru ini.
PRESIDEN MSU Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid meluangkan masa bersama-sama pelajar perubatan MSU selepas program ‘White Coat Ceremony’, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia