Harian Metro

84 siswa beramal

- DJ Dolasoh rencana@hmetro.com.my

Seramai 84 pelajar UniKL MITEC Pasir Gudang,

Johor mengambil inisiatif mengendali­kan Freemarket UniKL MITEC baru-baru ini sebagai tanda keprihatin­an membantu golongan memerlukan.

Program berkenaan memberi manfaat kepada lebih 700 pelajar dari beberapa institusi pendidikan di sekitar Pasir Gudang bagi mendapat makanan dan khidmat pelanggan secara percuma.

Pelajar Jabatan Industrial Logistics dari subjek

Projek Management, Teknoputra berkenaan mengumpulk­an pelbagai bentuk sumbangan seperti makanan, minuman dan pakaian daripada beberapa badan serta syarikat seperti Fund Freemarket Johor, Yayasan Pasir Gudang, Johor Mart, Pasaraya TESCO, warga UniKL MITEC selain penderma awam.

Mereka bekerjasam­a dengan Fund Freemarket Johor diketuai penasihatn­ya Zaharah Raisyam yang berusaha mencari dana berkenaan bagi memastikan lebih ramai pelajar mendapat manfaat daripada program itu.

Pengarah Projek Freemarket UniKL MITEC Izham Faiez, 22, berkata, program itu bermanfaat bukan saja kepada penerima sumbangan tapi juga pelajar UniKL MITEC terbabit sebagai satu kemahiran mengendali­kan program secara sukarela.

Menurutnya, antara yang mendapat manfaat itu adalah pelajar tiga sekolah menengah di sekitar Pasir Gudang, pelajar Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Pasir Gudang dan pelajar UniKL MITEC sendiri.

“Lebih 700 pelajar terbabit datang sendiri ke lokasi di Bangunan

Kelas dan Makmal (BKM) UniKL MITEC ini untuk mengambil makanan seperti roti, makanan ringan, air kotak dan mineral serta mendapatka­n khidmat bantuan secara percuma.

“Selain itu, kami juga menyampaik­an pakaian seperti baju-T dan seluar yang diberikan syarikat berkenaan, mengagihka­n buku, majalah serta memberi khidmat gunting rambut.

“Malah pelajar kami yang

Freemarket UniKL MITEC beri manfaat kepada lebih 700 pelajar

mahir dalam bidang urutan refleksi memberi khidmat percuma,” katanya.

Sambutan program julung kali ini berjaya kerana mendapat kerjasama daripada badan dan syarikat terbabit selain dapat menarik ramai pelajar sekolah dan institusi pengajian yang memerlukan bantuan.

Lebih mengujakan, program pengagihan yang bermula jam 10 pagi itu mendapat sambutan luar dugaan apabila semua barangan dikumpul habis dalam masa singkat.

“Program itu dirancang beberapa bulan lalu bertujuan membantu pelajar sekolah dan institut pengajian daripada golongan kurang berkemampu­an.

“Kami merancang mengadakan kerjasama dan lebih banyak kolaborasi dengan syarikat serta industri besar di Johor bagi merealisas­ikan usaha murni ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PELBAGAI buku,majalah serta cawan turut diagihkan kepada pelajar sekolah.
PELBAGAI buku,majalah serta cawan turut diagihkan kepada pelajar sekolah.
 ??  ?? KHIDMAT gunting rambut secara percuma turut mendapat sambutan pelajar sekolah dan pelajar UniKL MITEC sendiri.
KHIDMAT gunting rambut secara percuma turut mendapat sambutan pelajar sekolah dan pelajar UniKL MITEC sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia