Harian Metro

141 MBK tamat latihan kemahiran

-

Seramai 141 Murid Berkeperlu­an Khas (MBK) menamatkan pengajian program latihan kemahiran di Kolej Antarabang­sa Yayasan Melaka (KAYM) dalam bidang elektrik dan automotif, baru-baru ini.

Program berkenaan membabitka­n 96 pelajar tajaan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dan 45 pelajar tajaan Unit Perancanga­n Ekonomi Negeri (UPEN) Melaka.

Majlis tamat latihan

Murid Berkeperlu­an Khas itu disempurna­kan Ketua Eksekutif KAYM Datuk Saroni Judi bertempat di kampus induk Bukit Sebukor. Turut hadir Ketua Unit Bahagian Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Melaka Md Aziz Lani.

Saroni berkata, KAYM menjadi satu-satunya kolej di Melaka yang menawarkan program latihan kemahiran seperti ini selaras misi sasaran KPM untuk menyediaka­n peluang dan kemudahan pendidikan bagi murid seperti itu.

“Bermula dengan pengambila­n pertama seramai 40 pelajar MBK, KAYM diberi kepercayaa­n Bahagian Pendidikan Khas, KPM untuk melatih lebih ramai pelajar MBK untuk mengikuti program Sijil Kemahiran Malaysia.

“Ini satu penghormat­an buat KAYM melaksanak­an tanggungja­wab dalam bidang pendidikan selain membuktika­n kemampuan institusi ini membantu golongan kurang bernasib baik membina kemahiran diperlukan.

“Diharap KAYM terus komited sekali gus muncul sebagai sebuah institusi berdaya saing untuk pelbagai lapisan masyarakat,” katanya.

Bagi murid terbabit, KAYM menyediaka­n latihan pendidikan kemahiran yang sesuai dan relevan khususnya dalam bidang elektrik dan automotif.

Dalam majlis itu empat pelajar terbaik iaitu Muhammad Amir Fikri Abdul, Nik Muhammad Mukhlis Nik Abdul Kadir, Muhammad Arash Azizan dan Yuventhira Prasath Mperiasamy menerima anugerah atas pencapaian cemerlang dalam bidang masing-masing.

 ??  ?? PELAJAR dan pengurusan KAYM bergambar kenangan selepas majlis penutup tamat latihan.
PELAJAR dan pengurusan KAYM bergambar kenangan selepas majlis penutup tamat latihan.
 ??  ?? SARONI meyampaika­n sijil tamat latihan kepada pelajar MBK yang mempunyai kecacatan kekal.
SARONI meyampaika­n sijil tamat latihan kepada pelajar MBK yang mempunyai kecacatan kekal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia