Harian Metro

PERSIAPAN HADAPI BANJIR

- DARI MUKA 1

Menurutnya, program diadakan itu antara usaha menyokong Bidang Keberhasil­an Utama

Negara (NKRA) yang dapat membantu murid lemah literasi dan numerasi di sekolah luar bandar.

“Dalam program itu sebuah kelas kosong diubah dan dihias menjadi Kelas HERO untuk aktiviti pendidikan menggunaka­n pelbagai pendekatan yang dapat menarik perhatian murid.

“Acara Olimpik Kampung yang diadakan dengan kerjasama Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Bantal membabitka­n aktiviti sukaneka bersama kanakkanak serta penduduk selain dapat mengeratka­n hubungan masyarakat setempat.

“Lebih menarik murid turut didedahkan ilmu rawatan kecemasan dan persiapan menghadapi musim banjir yang mudah berlaku di kawasan mereka,” katanya.

Shira berkata, semangat kerjasama ditunjukka­n berjaya melancarka­n setiap aktiviti membabitka­n murid sekolah dan penduduk kampung itu.

Menurutnya, pengalaman menaiki perahu panjang sambil meredah jeram dan menolak perahu di kawasan air cetek pasti menjadi kenangan tidak mungkin dapat dilupakan peserta yang kali pertama sampai di kampung itu.

Peserta Nurul Aqilah Mohamed Sabri, 21, berkata, banyak pengalaman menarik sepanjang program apabila penuntut UiTM dapat mendekati masyarakat

Pengalaman berperahu panjang sambil meredah jeram kenangan tidak dapat dilupakan

Kampung Bantal dan murid SK Ulu Tembeling.

Kebanyakan peserta terbabit dengan Projek HERO kali ini tidak pernah menjejakka­n kaki di Kampung Bantal, jadi pengalaman menaiki perahu panjang sambil meredah jeram sesuatu yang menarik.

“Saya puas hati dapat menyampaik­an sedikit ilmu yang ada kepada murid SK Ulu Tembeling yang menerima dengan baik kehadiran peserta dan kemesraan lebih terasa ketika acara sukaneka.

“Saya berharap Projek HERO dapat diteruskan di kawasan luar bandar lain selepas ini bagi membuktika­n keprihatin­an kami kepada masyarakat luar bandar,” katanya yang berharap dapat berkunjung lagi ke Kampung Bantal untuk melaksanak­an aktiviti serupa.

Penganjura­n Projek HERO juga katanya memberi peluang kepadanya dan rakan berada di kawasan Ulu Tembeling yang dianggap unik apabila hanya dihubungka­n dengan pengangkut­an sungai dan jalan balak saja.

“Tanpa Projek HERO dianjurkan UiTM mungkin saya dan rakan tidak akan sampai ke sini,” katanya.

- Mohd Rafi Mamat

 ??  ?? MENUNJUK ajar murid mengenai rawatan kecemasan.
MENUNJUK ajar murid mengenai rawatan kecemasan.
 ??  ?? TIDAK melepaskan peluang mengajar murid menerusi sesi pembacaan.
TIDAK melepaskan peluang mengajar murid menerusi sesi pembacaan.
 ??  ?? ACARA tarik tali menggamatk­an suasana.
ACARA tarik tali menggamatk­an suasana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia