Harian Metro

SELESA BERSAMA FNATIC

-

Sebut Saya amat menghormat­inya kerana pengalaman­nya yang luas dalam Dota 2,” katanya.

Kim berkata, dia lebih gemar bersama pemain berpengala­man dan boleh memberi motivasi kepada dirinya untuk bermain dengan lebih baik.

“Banyak lagi yang saya perlu belajar. Jadi saya perlukan seorang mentor untuk meningkatk­an prestasi dalam kumpulan dan mampu bermain sebagai satu pasukan,” katanya.

RUTIN HARIAN

Berceritak­an mengenai rutin hariannya yang padat, anak muda yang berasal dari Incheon, Korea ini sanggup berkorban masa untuk karier.

“Jadual bermula pada jam 2 petang dan kemudian saya perlu bersiap-siap untuk makan tengah hari. Seterusnya, disambung dengan sesi latihan dan perbincang­an bersama ahli kumpulan pada jam 3 petang sehingga 6 petang.

“Jika tiada apa-apa aktiviti luar, sesi latihan boleh dilanjutka­n sehingga jam 12 tengah malam. Kemudian, saya akan menyambung bermain perlawanan ‘ranked’ sehingga waktu fajar dan selebihnya adalah waktu berehat.

“Sebenarnya rutin harian kami bukan setakat bermain ‘game’ tapi lebih daripada itu. Ia meliputi aspek latihan, perbincang­an, analisis dan sebagainya,” katanya.

Kim berkata, rutin itu mungkin kedengaran agak keterlalua­n namun baginya setiap yang diimpikan perlu ada pengorbana­n.

“Sebagai pemain ‘game’ profesiona­l, sudah tentu kita perlu berkorban banyak perkara termasuk masa bersama keluarga.

“Tipulah kalau saya tak rindukan hidangan dan ahli keluarga di Korea. Bagaimanap­un, saya faham sebagai ahli baru Fnatic, sudah menjadi tanggungja­wab saya untuk komited kepada pasukan kerana itu lebih utama sekarang ini,” katanya.

GALAS TANGGUNGJA­WAB

Kini tanggungja­wabnya lebih besar kerana perlu berdepan cabaran selain mempamerka­n prestasi memuaskan untuk pasukan dan peminat.

“Inilah cabaran paling sukar apabila menjadi ahli baru dalam pasukan yang dikenali seperti Fnatic. Kita perlu cepat adaptasi dan berikan persembaha­n terbaik.

“Selain kepuasan untuk diri sendiri, saya akui tanggungja­wab kini lebih besar kerana perlu mewakili Korea Selatan dan Malaysia. Apa-apa pun, saya sudah bersedia,” katanya.

Kim jadikan Mushi sebagai mentor dalam Dota 2

 ??  ?? Pernah bermain untuk pasukan MVP Phoenix
Kini menjadi pemain posisi empat untuk Fnatic Pernah menyertai The Internatio­nal, kejohanan berprestij tahunan Dota 2.
Pernah bermain untuk pasukan MVP Phoenix Kini menjadi pemain posisi empat untuk Fnatic Pernah menyertai The Internatio­nal, kejohanan berprestij tahunan Dota 2.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia