Harian Metro

MEMBENTUK ESTIM DIRI

-

Ada kaitan signifikan sejauh mana seseorang menghargai diri sendiri

Estim mementingk­an diri sendiri. Perasaan suka kepada diri sendiri bermakna seseorang itu mengetahui ciri positif yang ada pada dirinya dan dia tidak malu mengakuiny­a.

Estim adalah penilaian yang dibuat secara menyeluruh mengenai diri sendiri. Ia adalah gabungan antara semua konsep diri seseorang dengan semua dirinya yang mungkin.

Ada pakar psikologi yang mengatakan estim adalah sejauh mana seseorang itu dapat menerima diri sendiri sebagaiman­a yang sebenarnya. Maksudnya dapatkah seseorang itu menerima bahawasany­a dia mempunyai ciri-ciri yang istimewa dan juga tidak istimewa. Dia juga menerima yang dia bukan hanya sudah melakukan perkara yang baik dan bijaksana, tetapi juga pernah melakukan perkara bodoh dan tidak bijaksana. Dia dapat mengakui ada masanya dia hebat, tetapi ada masanya juga dia gagal kerana melakukan kesilapan.

Menghargai diri sendiri

Estim mempunyai kaitan yang signifikan dengan sejauh mana seseorang itu menghargai dirinya sendiri. Estim juga memberitah­u sejauh mana seseorang itu berasa dirinya seorang yang baik dan berguna tanpa mengira apa yang sudah berlaku kepada dirinya selama ini. Sebagai contoh walaupun seseorang itu sudah gagal mencapai sesuatu yang cemerlang dalam bidang akademik semasa di universiti, dia tidak pula berasa dirinya orang yang bodoh, malah dia berasa seorang yang pandai atau berbakat atau serba boleh, maka itulah tanda dia mempunyai estim yang sihat.

Tinggi atau rendah estim bukan fitrah

Tinggi atau rendah estim seseorang itu bukan fitrah. Setiap individu mengetahui ciri peribadiny­a selain menyedari sejauh mana perbezaan yang wujud antara sifat mereka dengan sifat manusia ideal itu. Tinggi ataupun rendah estim seseorang itu bukanlah fitrah kerana ia sesuatu yang dapat dibentuk oleh seseorang. Dalam erti kata lain, manusia mempunyai pilihan sama ada mahukan estim yang tinggi ataupun rendah. Bagaimana caranya adalah persoalan kedua, yang penting adalah manusia mempunyai pilihan.

Maklum balas dan kesan kepada estim

Apabila seseorang mendapat maklum balas daripada orang dianggapny­a berwibawa yang mengatakan dia mempunyai ciri-ciri orang hebat atau ideal maka maklum balas itu membawa kesan positif kepada estim dirinya. Sebaliknya, maklum balas yang mengatakan dirinya ada ciri-ciri yang tidak diinginkan maka maklum balas seperti itu menyebabka­n estim dirinya jatuh. Maklum balas negatif seperti kritikan dan kutukan membawa kesan negatif kepada seseorang.

Satu lagi faktor yang mempengaru­hi estim adalah ciri ‘baik’ dan ‘buruk’ yang ada pada diri seseorang itu sama ada ciri lazim ataupun tidak lazim. Apabila seseorang itu berasa ciri-ciri yang baik pada dirinya lazimnya ada pada orang lain maka ia boleh menyebabka­n estim dirinya rendah. Estim seseorang turun dengan lebih rendah lagi apabila ciri-ciri ‘buruk’ yang ada pada dirinya adalah ciri-ciri yang lazimnya tidak ada pada kebanyakan orang lain. Sebaliknya apabila seseorang itu berasa ciri-ciri pada dirinya itu jarang ada pada kebanyakan orang lain, estim dirinya naik tinggi. Inilah sebabnya mengapa guru perlu mencari keistimewa­an muridnya dan memberitah­u hal itu kepada mereka supaya dengan itu estim mereka meningkat. Estim seseorang itu datang daripada unsur yang ada pada diri individu itu sendiri, daripada pencapaian­nya dan daripada maklum balas atau ‘feedback’ orang lain kepada individu terbabit.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia