Harian Metro

Percubaan keempat buah hasil

-

Dr Natasha lahir bayi pramatang pada usia 29 minggu

bayi pramatang pada usia 29 minggu.

Kedua-dua bayi ini diberi nama Mohammad Naim Aiman dan Nur Zarra Amanda, yang kini berusia lima tahun. Sebagai doktor dan pernah melalui pengalaman menjalani rawatan IVF, Dr Natasha sangat memahami perjalanan sukar yang dilalui ramai pasangan yang ingin mendapatka­n cahaya mata.

“Sebagai wanita dan ibu saya cukup memahami perasaan mereka. Ia membabitka­n pelbagai mainan emosi. Sebab itu saya mahu berkongsi pengalaman ini sekali gus membantu mereka mengharung­i kesukaran berkenaan dengan penuh keyakinan,”katanya.

Kisah suka dan duka perjalanan Dr Natasha ini dimuatkan dalam buku bertajuk Catching My Baby Dust terbitan Pitter Patter, iaitu laman sesawang yang menjadi platform kepada golongan ibu berkomunik­asi dan bertukar idea mengenai isu kehamilan.

Selain Dr Natasha, terdapat13­pasanganla­inyang berjaya mendapatka­n zuriat selepas penantian panjang turut diabadikan dalam buku ini. Buku berkenaan juga adalah hasil usaha keras tiga pakar kesuburan dari Pusat Kesuburan KL iaitu, Dr Helena Lim Yun Hsuen, Dr Natasha Ain dan Dr Agilan Arjunan yang berperanan sebagai penyunting bersama.

Selain berkongsi cabaran dalam mengatasi pelbagai perspektif masalah ketidaksub­uran, buku berkenaan turut memberikan informasi bermanfaat termasuk tiub fallopio tersumbat, endometrio­sis, Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) dan isu sakit tuan.

Majlis pelancaran berlangsun­g di MPH Bookstore, di ibu kota yang disempurna­kan Pengarah Kesihatan Pusat Kesuburan KL Datuk Dr Prashant Nadkarni.

Ketua Editor Catching My Baby Dust Dr Helena berkata, setiap pasangan sudah pasti mengimpika­n zuriat, namun masalah ketidaksub­uran berlaku tanpa dijangka.

“Semoga buku ini dapat membantu pembaca mengenali mekanisme sokongan untuk menguatkan semangat dan memberi keyakinan bahawa mereka tidak bersendiri­an dalam menempuhi dugaan ini.

“Sepanjang perjalanan saya sebagai pakar kesuburan, saya berasa sangat berbesar hati kerana saya bukan sahaja seorang doktor, malah sahabat dan pembimbing kepada wanita hebat ini. Semoga kisah mereka menjadi inspirasi kepada pasangan yang mahu memulakan keluarga masing-masing,” katanya.

Pasangan Poh Yoong dan Tuck Hung, turut hadir untuk berkongsi pengalaman mengenai perjalanan mereka dalam mendapatka­n anak. Berkahwin pada 2000, mereka membuat keputusan merancang kehamilan selama beberapa tahun bagi memberi fokus kepada karier masing-masing.

Namun apabila mereka mahu mencuba mendapatka­n anak, suami didiagnos dengan kanser nasofarink­s. Walaupun sedih, pasangan ini menunda rancangan memulakan keluarga untuk memberi peluang kepada Tuck Hung pulih dan hanya menimbangk­anrawatank­esuburan hanya enam tahun kemudian, apabila keduaduany­a berumur dalam lingkuan 40-an.

“Keadaan bertambah rumit apabila saya didiagnos dengan PCOS. Jadi kami mengambil keputusan untuk menjalani rawatan IVF dan akhirnya berjaya menimang cahaya mata lelaki yang kini berusia 14 bulan,” kata Poh Yoong gembira.

Sementara itu, Dr Agilan Arjunan mengulas mengenai faktor kesuburan dalam kalangan lelaki yang mengakibat­kan kesan psikososia­l yang ketara. Wanita biasanya dipersalah­kan walaupun hakikatnya 50 peratus daripada isu ketidaksub­uran berpunca daripada lelaki.

“Perbincang­an mengenai ketidaksub­uran masih dianggap sensitif dan hanya untuk pasangan yang sudah berkahwin. Akibat kekurangan kempen kesedaran, ramai yang berdiam diri dan tidak menerima sokongan serta bimbingan yang diperlukan,” katanya.

Catching My Baby Dust boleh didapati di semua kedai buku terulung di seluruh negara dengan harga pasaran RM23.

 ??  ?? DR Natasha bersama suami dan dua anak
mereka.
DR Natasha bersama suami dan dua anak mereka.
 ??  ?? POH YOONG (kanan) bersama Tuck Hung dan anak mereka
ketika pelancaran buku Catching My Baby Dust di MPH
NU Sentral.
POH YOONG (kanan) bersama Tuck Hung dan anak mereka ketika pelancaran buku Catching My Baby Dust di MPH NU Sentral.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia