Harian Metro

Bebola benih manfaat 668 keluarga

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Selepas berjaya mengumpul lebih 5,000 bebola benih yang dihasilkan rakyat Malaysia yang menyertai program jelajah Go Nature, Go Spritzer, Spritzer bekerjasam­a dengan Majlis Perbandara­n Ampang Jaya dan beberapa selebriti tempatan untuk menanam bebola benih berkenaan di kawasan komuniti Rumah Pangsa Taman Keramat.

Projek Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) ini memberi manfaat kepada 668 keluarga di komuniti rumah pangsa bagi membantu mereka menjimatka­n kos sara hidup dan mengamalka­n cara pemakanan sihat.

Selebriti tempatan seperti Diana Danielle, Fadzil Zahari, Geetha Ammasee dan Han Xiiao Aii turut hadir bagi memberi panduan kepada komuniti setempat mengenai cara menjaga tumbuhan yang ditanam sendiri, bersama rakan usaha sama Spritzer iaitu Global Environmen­t Centre.

Ibu bapa dan kanakkanak bergembira sambil menyaksika­n majlis pelancaran program ini dengan dron helikopter mini menabur bebola benih ke atas sebidang tanah yang terletak di pekarangan Dewan Orang Ramai, Rumah Pangsa AU2, Taman Keramat.

Bebola benih ini akan tumbuh menjadi pokok bendi, terung, tomato dan pelbagai sayur-sayuran lain untuk memberi makanan khasiat kepada penduduk di dalam komuniti ini. Di samping menyumbang sumber makanan, pokok lain juga ditanam untuk memperinda­hkan kawasan tebing sungai.

Program Go Nature, Go Spritzer ini memberi tumpuan dalam membantu komuniti mempelajar­i kepentinga­n menanam sumber makanan berterusan dan mencukupi. Melalui program ini, Spritzer bertekad membantu komuniti tempatan yang berkongsi matlamat sama untuk meningkatk­an inisiatif alam sekitar mereka.

Bagi komuniti AU2 Taman Keramat, Spritzer berazam untuk mengurangk­an kos sara hidup dan mewujudkan kesedaran mengenai kepentinga­n menikmati sayur-sayuran yang ditanam sendiri.

Menurut Pengarah Eksekutif Spritzer Berhad Dr Chuah Chaw Teo, nilai penjagaan alam sekitar wujud di dalam organisasi sejak dahulu lagi.

“Dari awal lagi, amalan utama adalah untuk tidak mewujudkan sebarang halangan kepada alam sekitar, kami berusaha keras menjaga sumber air mineral semula jadi dan melindungi alam sekitar daripada sebarang unsur yang boleh mencemar atau merosakkan­nya.

“Program Go Nature, Go Spritzer ini adalah lanjutan kepercayaa­n dan nilai yang diamalkan ini demi kebaikan masyarakat Malaysia,” katanya.

Pengerusi KRT AU2 Rumah Pangsa Taman Keramat, Mohamad Halim Mohamad Said berkata, penduduk sangat menghargai dan mengalu-alukan usaha berkenaan.

“Kami teruja untuk memanfaatk­an program seperti ini yang mengajar nilai penting alam sekitar kepada penduduk. Kami berterima kasih kepada Spritzer dan penyokong Go Nature, Go Spritzer kerana memberi peluang kepada anak kami untuk mempelajar­i cara hidup yang mampan dan sihat.

“Harapan saya supaya kemahiran yang diajarkan pada hari ini dapat dikongsi bersama ahli komuniti yang lain, menghasilk­an lebih banyak kebun sayur yang subur dan dapat menyumbang sumber makanan berkhasiat kepada keluarga,” katanya.

Kempen Go Nature, Go Spritzer dimulakan oleh Spritzer pada September 2016. Spritzer dan Grow Nature Warriors terdiri daripada Diana Danielle, Fadzil Zahari, Yumi Wong dan Michell Lim menjelajah ke 15 pusat beli-belah dan kedai barangan segar di seluruh negara untuk menggalakk­an orang ramai mengambil bahagian dalam menghasilk­an bebola benih untuk didermakan ke Rumah Pangsa Taman Keramat.

Spritzer kekal komited dalam mendidik rakyat Malaysia mengenai kepenti– ngan melindungi alam sekitar dan sumber alam untuk generasi akan datang.

5,000 berjaya dikumpul

bantu komuniti rumah pangsa jimat kos sara hidup

 ??  ?? DARI kiri Dr K Kalithasan, Dr Chuah dan Mohamad Halim menunjukka­n cara
menanam benih sayur-sayuran.
DARI kiri Dr K Kalithasan, Dr Chuah dan Mohamad Halim menunjukka­n cara menanam benih sayur-sayuran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia