Harian Metro

Minuman khasiat kacip fatimah lambatkan proses penuaan wanita

-

Meskipun sibuk dengan pelbagai tugas, wanita yang berperanan sebagai isteri, ibu dan pekerja perlu memberi lebih tumpuan kepada penjagaan diri sendiri baik dari segi kecantikan mahupun kesihatan.

Lain orang, lain cara memanjakan diri. Ada yang memilih spa, ada pula lebih gemarkan aktiviti cergas bersama rakan atau ahli keluarga. Satu lagi cara mudah untuk memanjakan diri ialah dengan menikmati keenakan minuman Per’l Kacip Fatimah Choco yang direka khas buat wanita keluaran Power Root.

Ia diperkaya dengan khasiat kacip fatimah yang dipercayai dapat membantu membantu memelihara kecantikan dan kesihatan dalaman wanita.

Per’l Kacip Fatimah Choco berbeza daripada minuman coklat 3 dalam 1 lain yang ada di pasaran. Selain rasa coklat yang lebih berkrim, ia juga minuman coklat 6 dalam 1 yang diperkaya dengan tiga bahan tambahan iaitu kacip fatimah, kolagen marin dan kalsium tambahan yang baik untuk kesihatan.

Kacip fatimah dikenali sebagai herba tradisiona­l yang digunakan sejak turun temurun untuk kegunaan sebelum dan selepas bersalin. Selain itu, ia juga mempunyai pelbagai khasiat seperti membantu melewatkan proses penuaan, mengemba-

likan tenaga dan kecergasan badan, menseimban­gkan hormon dan juga mengukuhka­n struktur tulang.

Kolagen marin yang di dalam minuman ini dapat membantu mengekalka­n kelembapan kulit, mengembali­kan keanjalan kulit dan juga melewatkan proses penuaan. Bila kulit berseri, anda pasti akan lebih yakin untuk menonjolka­n diri.

Kalsium pula penting untuk kesihatan tulang, gusi dan gigi. Pengambila­n kalsium sangat penting terutama bagi wanita yang sedang mengandung, ibu menyusukan anak dan warga tua. Pengambila­n kalsium yang mencukupi membantu mengurangk­an risiko keretakan tulang dan mengekalka­n struktur tulang yang sihat. Apabila tulang anda sihat, ia akan membantu postur apabila anda berdiri tegak dan tidak membongkok, untuk anda rasa lebih yakin.

Jadi Per’l Kacip Fatimah Choco bukan sekadar minuman coklat. Ia adalah

pilihan menarik untuk setiap wanita khususnya penggemar coklat yang mementingk­an kecantikan dan kesihatan dalaman secara menyeluruh.

Bagi penggemar kopi, jangan kecewa kerana anda boleh menikmati keenakan Per’l Kacip Fatimah Café, Per’l Kacip Fatimah Café

Lemak Rendah, Per’l Kacip Fatimah Café Lemak Rendah Tanpa Gula Tambahan atau Per’l Kacip Fatimah Kurma Madu untuk tenaga serta-merta pada bila-bila masa.

Semua produk ini boleh didapati di pasar raya berhampira­n atau kedai runcit terpilih di seluruh negara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia