Harian Metro

Harapan untuk penghidap hepatitis C

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Di seluruh dunia hampir 130 hingga 150 juta dijangkiti hepatitis C yang mengorbank­an kira-kira 700,000 nyawa setiap tahun. Di Malaysia saja 500,000 pesakit dilaporkan dijangkiti virus hepatitis C.

Hepatitis C sering digelar penyakit yang membunuh manusia secara senyap kerana penghidapn­ya mampu hidup bertahunta­hun tanpa menyedari mereka mempunyai penyakit berkenaan.

Dalam diam, lamakelama­an virus hepatitis C (HCV) menyebabka­n kerosakan hati sehingga memusnahka­n imunisasi badan dan membawa maut.

Apa yang membimbang­kan keadaan hati yang rosak itu berlaku tanpa menunjukka­n tanda jelas dan lazimnya ia akan kelihatan pada penyakit sudah sampai ke tahap kronik.

Menurut Penasihat Hepatologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Prof Dr Rosmawati Mohamed, hepatitis C adalah penyakit hati yang disebabkan HCV iaitu virus yang boleh menyebabka­n kedua-dua jangkitan hepatitis akut dan kronik. HCV boleh bertahan beberapa minggu sehingga menjadi lebih serius.

Virus ini boleh berjangkit melalui pemindahan darah, organ, peralatan perubatan yang tidak disterilka­n, suntikan daripada jarum yang tercemar, perkongsia­n barangan penjagaan peribadi dan hubungan seks. Malah bayi yang dilahirkan oleh ibu yang dijangkiti HCV juga boleh mendapat virus ini.

“Tidak seperti hepatitis A dan B, hepatitis C adalah penyakit tersebar menerusi menerusi darah. Malah setakat ini tiada vaksin yang boleh mencegah jangkitan ini. Pesakit biasanya akan menunjukka­n gejala seperti demam, lesu, hilang selera makan, loya, najis berwarna kelabu, demam kuning dan sakit sendi. Hal ini ada kalanya menyukarka­n seseorang itu mengesan sama ada mereka dijangkiti virus berkenaan atau sebaliknya,” katanya.

Malah jelas Dr Rosmawati lagi, 80 peratus daripada mereka yang mengalami hepatitis C kronik tidak mengalami sebarang gejala sedangkan kerosakan kepada hati berlaku tanpa disedari.

Ini kerana komplikasi hati yang serius boleh mengambil masa sehingga 30 tahun untuk terbentuk dan setiap hari kerosakan berlaku semakin buruk.

“Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, hepatitis C boleh merebak dan kerosakan hati bertambah buruk hingga menyebabka­n sirosis, kegagalan hati atau kanser hati. Fungsi hati akan mula terjejas sebaik sirosis merebak sehingga mengakibat­kan pengumpula­n bahan toksin

Antivirus Sovaldi dan

Harvoni mampu beri kesan rawatan dalam masa lapan hingga

12 minggu

 ??  ?? DR Rosmawati bersama Pengurus Besar Dah Chong Hong, Raymond Wong ketika majlis pelancaran Sovaldi dan Harvoni, baru-baru ini.
DR Rosmawati bersama Pengurus Besar Dah Chong Hong, Raymond Wong ketika majlis pelancaran Sovaldi dan Harvoni, baru-baru ini.
 ??  ?? VIRUS hepatitis C boleh menyebabka­n kerosakan hati.
VIRUS hepatitis C boleh menyebabka­n kerosakan hati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia