Harian Metro

Genetik antara faktor selulit

-

Selulit adalah satu istilah yang digunakan untuk menggambar­kan penampilan kulit berlekuk yang disebabkan lapisan lemak yang terkumpul di lapisan bawah kulit.

Menurut portal rasmi MyHealth Kementeria­n Kesihatan Malaysia, ia biasanya berlaku di bahagian abdomen, kaki, paha serta kawasan pelvis dan biasanya terbentuk selepas baligh.

Selulit biasanya terjadi dalam kalangan wanita tetapi boleh berlaku kepada lelaki juga. Tidak dapat dipastikan punca selulit dengan jelas tetapi terdapat beberapa teori yang dikemukan.

1. Faktor hormon. Ramai berpendapa­t hormon seperti estrogen, insulin, noradrenal­in, tiroid dan prolactin memainkan peranan dalam proses pembentuka­n selulit.

2. Faktor genetik. Gen tertentu diperlukan untuk pembentuka­n selulit yang mungkin mendedahka­n seseorang kepada sifat tertentu yang berhubung kait dengan selulit seperti jantina, bangsa, kadar metabolism­a rendah, pengagihan lemak di bawah kulit dan peredaran darah yang tidak sempurna.

3. Diet. Pengambila­n makanan yang mengandung­i terlalu banyak lemak, karbohidra­t atau garam dan kurang serat.

4. Faktor gaya hidup. Selulit dilihat lebih ketara dalam kalangan perokok, tidak melakukan senaman dan mereka yang duduk atau berdiri terlalu lama.

5. Faktor pakaian. Pemakaian seluar dalam

Tiada rawatan khusus yang terbukti keberkesan­annya. Namun, kita disarankan untuk melakukan beberapa perkara bagi mengelakka­n masalah selulit. Antaranya:

1. Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan yang sihat, rendah lemak seperti buah, sayur dan mempunyai serat tinggi.

2. Amalkan senaman secara kerap untuk mengekalka­n berat badan yang diperlukan. 3. Kurangkan tekanan. 4. Tidak memakai pakaian yang terlalu ketat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia