Harian Metro

Panduan sebelum lakukan senaman

-

1. AMBIL SARAPAN

Jika anda bersenam pada waktu pagi, bangunlah lebih awal supaya dapat bersarapan dulu walaupun sekadar mengambil sarapan yang ringkas sekurangku­rangnya sejam sebelum memulakan sesi latihan anda. Bekalan tenaga ini akan membolehka­n anda bersenam dengan lebih baik dan tidak cepat letih. Sandwic telur bersama segelas susu rendah lemak atau jus buah juga sudah memadai untuk dijadikan sarapan ringkas sebelum bersenam.

2. SAIZ HIDANGAN

Saiz hidangan yang anda ambil ketika makan juga perlu diambil kira. Sekiranya anda termasuk dalam golongan yang sukakan hidangan berat, anda perlukan sekurangku­rangnya tiga jam untuk badan berehat dan mencerna makanan sebelum memulakan senaman. Jika mengambil sajian yang ringan, satu atau dua jam sudah memadai.

Makan terlalu banyak sebelum bersenam akan membuat anda berasa ‘berat’ manakala makan terlalu sedikit pula mungkin tidak membekalka­n tenaga yang mencukupi khususnya jika mahu melakukan aktiviti yang lasak dan berintensi­ti tinggi.

3. BAWA SNEK

Bagi yang bersenam luar kawasan perumahan, bawalah snek yang bersesuaia­n. Ini sebagai bekalan tenaga tambahan sekiranya aktiviti senaman anda berlarutan sehingga melebihi satu jam. Antara snek yang boleh dibawa ialah buah-buahan (pisang, epal, pir atau buah yang anda suka), yogurt, biskut rangup, sandwic atau jus buah yang tidak manis (atau sudah dicampurka­n dengan air).

4. MAKAN SELEPAS

BERSENAM

Ini penting untuk membantu otot pulih dan menggantik­an glikogen yang digunakan ketika bersenam. Ambillah makanan yang mengandung­i karbohidra­t dan protein dalam tempoh dua jam selepas bersenam. Antara yang boleh diambil adalah yogurt, buah, sandwic dan susu rendah lemak biasa atau berperisa.

5. MINUM AIR SECUKUPNYA

Anda memerlukan air sebelum, semasa dan selepas bersenam bagi mengelakka­n dehidrasi. Kolej Perubatan Sukan Amerika menyaranka­n kita supaya minum dua hingga tiga cawan air sekurang-kurangnya dua hingga tiga jam sebelum bersenam. Ketika bersenam, minumlah setengah hingga satu cawan air setiap 15 hingga 20 minit. Bagaimanap­un, jumlah ini hanyalah saranan, sesuaikan dengan keperluan badan masingmasi­ng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia