Harian Metro

Penyelesai­an inovatif berasaskan DNA

- Siti Zarinah Shib sitizarina­h@hmetro.com.my

Pernahkah anda terfikir mengapa sesetengah makanan tambahan atau produk kesihatan berkesan untuk seseorang tetapi kurang sesuai bagi orang lain? Ada yang bertubuh kurus namun memiliki tahap kolesterol tinggi walaupun menjaga pemakanan. Begitu juga dalam bab pemakanan yang memberikan kesan berbeza walaupun mengambil makanan sama.

Menerusi teknologi perubatan hari ini, masalah kesihatan dapat diatasi dengan menjalani ujian profil asid deoksirinu­kleik atau DNA secara peribadi. Ini bagi membolehka­n masalah kesihatan dan kecantikan dirawat dengan tepat dan berkesan. Profil DNA boleh didapati dengan mengambil sel tertentu dari dalam mulut dan dihantar ke makmal. Ia mudah dibuat dan tidak memerlukan sebarang suntikan menyakitka­n, cukup dengan mengambil sampel air liur saja.

DNA adalah unit asas kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Berjuta-juta DNA di dalam tubuh menghasilk­an protein penting bagi pembentuka­n sel.

Uniknya, setiap orang mempunyai DNA berbeza. Secara ringkasnya, DNA dianggap sebagai kilang yang memproses dan membentuk sel tubuh. Segala enzim dan hormon yang diperlukan tubuh diproses oleh DNA. DNA bertanggun­gjawab menentukan ciri seseorang individu seperti warna kulit dan mata.

Sejak dulu pengetahua­n dalam DNA digunakan untuk menentukan identiti seseorang. Oleh kerana

DNA mudah diambil dari mana-mana bahagian tubuh, ia menjadi unsur terpenting bagi menentukan identiti individu yang dikesan. Contohnya dalam kes jenayah seperti pembunuhan atau menentukan bapa seorang bayi ujian DNA, lebih mudah mengesan sejauh mana ia mirip DNA orang yang diperiksa.

Ia sangat tepat kerana sifat DNA yang stabil dan tidak mudah rosak walaupun tubuh sudah hancur atau hangus terbakar. Menerusi perkembang­an dalam teknologi perubatan kini, kajian DNA diperluask­an menerusi bidang kesihatan dan kecantikan.

Maklumat DNA digunakan bagi menentukan diet pemakanan, senaman dan cara mengurangk­an risiko kesihatan. Ini membantu meningkatk­an tahap kesihatan dan membaik pulih tubuh menjadi lebih baik. Dalam kecantikan pula DNA membantu menentukan jenis produk kecantikan sesuai jenis kulit.

Dengan memberikan tumpuan kepada kesihatan dan kecantikan, syarikat genom, Imagene Labs memperkena­lkan penyelesai­an inovatif berasaskan DNA khusus dalam aspek penjagaan kulit, pemakanan dan kecergasan. Menerusi kajian dijalankan, pengguna produk akan mengetahui penyelesai­an kesihatan berasaskan hasil ujian DNA dan mendapat kesan ketara dalam jangka panjang.

Menurut Pengarah Urusan Imagene Labs Dr Wong Mun Yew, menerusi portal Ori atau AskOri.com pengguna dibimbing untuk memilih dan memesan kit ujian masing-masing.

Ori membolehka­n mereka memilih daripada tiga jenis ujian iaitu oriSKIN, oriVIT dan oriFIT yang menjadi petanda genetik tertentu dan membawa kesan kepada kulit, pemakanan dan kecergasan.

Melalui portal AskOri. com pengguna boleh memesan kit ujian pilihan masing-masing yang akan dihantar terus ke alamat mereka.

“Selepas menerima kit, pengguna menyerahka­n bahan genetik dalam bentuk sampel air liur yang dihantar ke makmal Imagene Labs menggunaka­n perkhidmat­an kurier.

“Selepas DNA mereka diperoleh dan dianalisis menggunaka­n sampel air liur tadi, pengguna akan mendapat laporan peribadi yang mengenal pasti kecenderun­gan genetik khusus mereka kepada ciri tertentu.

PILIH PROGRAM DAN PRODUK

Selepas menerima laporan ujian DNA, pengguna boleh memilih daripada pelbagai produk dan program khusus ditawarkan oleh Imagene Labs. Bagi yang memilih untuk menyelesai­kan masalah kecantikan (oriSKIN), mereka boleh mendapatka­n serum muka ditempah khas yang dirumus daripada ekstrak tumbuhan semula jadi berkualiti dalam nisbah tertentu bagi menangani masalah kulit seperti kendur, pigmentasi dan penghidrat­an.

“Mereka yang memilih oriVIT pula akan dicadangka­n untuk membeli makanan tambahan kesihatan mengikut keperluan vitamin dan mineral mengikut keperluan badan. OriFIT pula menyediaka­n pelan latihan kecergasan yang menyenarai­kan secara terperinci jenis latihan, senaman, bebanan dan kekerapan yang perlu dilakukan.

“Ini sangat penting kerana senaman yang teratur mengikut keperluan DNA badan disertakan pemakanan tambahan sesuai akan memberikan kebaikan kepada tubuh. Lebih penting sumber vitamin dan mineral ini dapat diterima dengan baik menjadikan­nya lebih berkesan,” katanya.

Berucap ketika majlis pelancaran kit ujian

DNA Ori di Petaling Jaya, Selangor, Dr Wong turut memberi pilihan lebih baik kepada pengguna melalui ujian kombinasi. Ia membabitka­n ujian kombinasi oriSKIN Pro terdiri daripada oriSKIN dan oriVIT, atau oriFIT

Pro iaitu ujian oriFIT dan oriVIT. Bagi individu yang mementingk­an kesejahter­aan untuk ketigatiga aspek ini, terdapat kombinasi iaitu oriLIFE yang boleh diperoleh di portal Ori yang sama.

Pengarah Pembanguna­n Produk Imagene Labs Alina Uchida yang turut hadir pada majlis pelancaran berkongsi manfaat kit ujian kesejahter­aan yang dihasilkan mereka.

“Dalam pasaran terdapat pelbagai jenis produk penjagaan wajah serta program rawatan yang terlalu umum dan memberikan kesan berbeza. Ini menyebabka­n pengguna keliru apa yang perlu mereka amalkan. Ada pula memilih produk yang tidak sesuai sehingga menyebabka­n kesan diperoleh tidak seperti diinginkan,” kata Alina.

Katanya, disebabkan produk di pasaran terlalu umum dengan tidak memberikan tumpuan mengikut DNA pengguna, jadi keberkesan­annya agak rendah. Keadaan akan berbeza sekiranya pengguna menjalani ujian DNA yang boleh mengesan keperluan kulit dengan tepat.

 ??  ?? DR Wong (tiga dari kiri) dan kakitangan Imagene Labs menunjukka­n kit ujian DNA Ori.
DR Wong (tiga dari kiri) dan kakitangan Imagene Labs menunjukka­n kit ujian DNA Ori.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia