Harian Metro

REZEKI ANGIN BARAT LAUT

Nelayan berpesta ikan tenggiri batang sejak kelmarin

- Hassan Omar am@hmetro.com.my

Nelayan di Melaka Barat khususnya di Kuala Sungai Baru, dekat sini, berpesta ikan tenggiri batang sejak kelmarin, berikutan tiupan angin barat laut.

Jumlah tangkapan ikan itu mencecah lebih 300 kilogram (kg) kelmarin dan semalam berbanding hanya kira-kira 40kg sebelum ini manakala purata hasil jualan yang dicatatkan adalah antara RM2,000 dan RM8,000 berbanding sekadar RM1,000 sebelum ini.

Ayop Mohd Amin, 63, berkata, bot miliknya yang dikendalik­an tekong yang hanya dikenali sebagai Man dan awak-awak, Eddi menaikkan ikan tenggiri batang sebanyak 340kg semalam.

“Alhamdulil­lah, syukur kepada Allah kerana memurahkan rezeki kami sejak dua hari lalu. Semalam (kelmarin) hasil jualan sekadar RM1,000, tetapi hari ini (semalam) meningkat kepada hampir RM8,000.

“Saya tidak turun ke laut kerana kurang sihat. Bot saya dibawa oleh Man dan Eddi. Mereka turun ke laut jam 4 petang semalam (kelmarin) dan melabuhkan jaring tidak jauh dari Pulau Upeh, dekat Melaka,” katanya di Jeti Telok Gong, Kuala Sungai Baru semalam. Ayop berkata, Man dan Eddi melabuhkan jaring tangsi kira-kira 14 batu nautika dari pantai Klebang, kira-kira jam 6 petang kelmarin dan mula menariknya pada jam 1 pagi semalam.

“Mereka terpaksa mengambil masa kira-kira lima jam untuk menarik jaring dan menanggalk­an tenggiri batang yang banyak tersangkut pada jaring berbanding antara dua hingga tiga jam saja kalau kurang ikan terkena jaring,” katanya.

Ayop yang sudah 30 tahun berpengala­man sebagai nelayan berkata, peningkata­n jumlah tangkapan tenggiri batang itu dipercayai berpunca daripada kehadiran angin barat laut sejak kelmarin.

Katanya, lazimnya angin berkenaan membawa ikan tenggiri batang, tenggiri hitam, bawal hitam dan parang ke pinggir pantai.

Dia berkata, peningkata­n itu disebabkan langkahnya menggunaka­n jaring tangsi yang mata jaringnya berukuran 9 sentimeter (sm) dengan 18 lapisan pada setiap tangsi, bulan lalu.

“Jaring itu lebih kuat berbanding jaring tangsi yang hanya ada lima lapisan. Tenggiri batang adalah satu daripada ikan yang kuat. Kalau kita gunakan jaring tangsi biasa, jaring terkoyak dilanggar ikan itu.

“Bagaimanap­un, jaring itu memerlukan kos yang tinggi kerana sekeping jaring berharga RM500 dan bayangkan kalau kita ada jaring 100 keping,” katanya.

Dia bagaimanap­un berkata, pelaburan tinggi itu membawa pulangan memuaskan asalkan nelayan mampu bersabar dan tabah menghadapi dugaan kerana ada kalanya tangkapan ikan merosot.

Ayop berkata, dia yakin jumlah tenggiri batang tidak akan berkuranga­n selagi ada angin barat laut.

„

 ??  ??
 ??  ?? MOHAMAD Yatim Abu Bakar memindahka­n ikan tenggiri batang ke dalam kenderaann­ya untuk dibawa ke Pasar Telok Gong di Jeti Telok Gong, Kuala Sungai Baru.
MOHAMAD Yatim Abu Bakar memindahka­n ikan tenggiri batang ke dalam kenderaann­ya untuk dibawa ke Pasar Telok Gong di Jeti Telok Gong, Kuala Sungai Baru.
 ??  ?? Baru mampu tangkap ikan NELAYAN di Jeti Telok Gong, Kuala Sungai tenggiri batang lebih 300kg.
Baru mampu tangkap ikan NELAYAN di Jeti Telok Gong, Kuala Sungai tenggiri batang lebih 300kg.
 ??  ?? AYOP
AYOP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia