Harian Metro

AYAH KAKU TAK MENJAWAB

„ Lelaki maut diserang sakit dada ketika hantar empat anak ke sekolah

- Rosliza Mohamed am@hmetro.com.my

“Saya kejutkan abah beberapa kali sambil bertanyaka­n kenapa berhentika­n kereta, namun abah tidak menyahut,” kata Nik Nor Amirah Nik Fa, 14, anak kepada seorang buruh, Nik Fa Nik Din, 47, yang maut selepas kereta Perodua Kancil dipandu terbabas dan merempuh penghadang jalan di Tanjong Chat, di sini, semalam.

Dalam kemalangan jam 7.15 pagi itu, Nik Fa yang menghidap penyakit asma dalam perjalanan menghantar tiga anaknya ke sekolah maut di lokasi kejadian, manakala semua anaknya selamat.

Menurut Nik Nor Amirah, sebelum kejadian dia bersama tiga adik-beradiknya bertolak dari rumah mereka di Kampung Tapang, di sini.

“Pada mulanya abah menghantar kakak sulung, Nik Nor Syazwani, 15, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Chat.

“Sebaik menghantar kakak, abah menghantar saya dan dua lagi adik masing-masing ke Sekolah Menengah Agama (SMA) Tengku Amalin A’Ishah Putri dan Sekolah Kebangsaan (SK) Tapang.

Menjadi rutin suami menghantar empat anak ke sekolah dengan menaiki kereta dan saya reda kerana sudah ditakdirka­n”

Nik Norhaizan

“Ketika melalui jalan itu, kereta dipandu abah tiba-tiba terbabas ke laluan kanan dan hampir memasuki tali air.

“Saya mengejutka­nnya beberapa kali, tetapi tiada tindak balas dan dipercayai sudah meninggal dunia,” katanya di sini, semalam.

Katanya, selepas kejadian, orang ramai datang membantu dan pada masa sama dia menghubung­i ibunya Nik Norhaizan Raja Dakeng, 46, yang berada di rumah.

Sementara itu, Nik Norhaizan berkata, dia bergegas ke lokasi untuk melihat keadaan suaminya yang kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat.

Katanya, sebelum kejadian suami mengadu sakit dada dan menganggap­nya perkara biasa.

“Menjadi rutin suami menghantar empat anak ke sekolah dengan menaiki kereta dan saya reda kerana sudah ditakdirka­n,” katanya jenazah suaminya dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tapang, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Baharom Abu ketika dihubungi mengesahka­n kemalangan itu.

 ??  ??
 ??  ?? TIGA anak Nik Fa terselamat.
KERETA dipandu Nik Fa terbabas ke bahu jalan.
TIGA anak Nik Fa terselamat. KERETA dipandu Nik Fa terbabas ke bahu jalan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia