Harian Metro

EMPAT POLIS KERETA KLON

„ JIPS rampas kenderaan dari Singapura diguna empat anggota

- Fardy Bungga fardy@hmetro.com.my

Tindakan tegas tanpa pilih kasih. Perkara itu dibuktikan apabila Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman bertegas merampas kenderaan klon Singapura yang dipercayai milik empat anggota penguat kuasa.

Dalam serbuan jam 6 petang kelmarin, semua anggota polis itu disyaki menggunaka­n kenderaan dipercayai berstatus klon dari negara jiran berikutan tidak didaftarka­n secara sah di negara ini.

Sumber berkata, suspek pertama ditahan pihak JIPS di kawasan parkir di Puchong, Selangor bersama kereta model Honda Accord.

Katanya, hasil semakan mendapati nombor pendaftara­n kenderaan berkenaan adalah palsu dan nombor casis juga tiada dalam rekod sistem Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ).

“Hasil penahanan pertama itu, tiga lagi tangkapan dan rampasan dilakukan pihak JIPS di sekitar Selangor. “Rampasan tiga lagi kenderaan klon membabitka­n model BMW 520i, Toyota Estima dan Mini Cooper,” katanya.

Menurutnya, semakan dilakukan turut mendapati semua nombor pendaftara­n dan nombor casis tiga lagi kenderaan tiada dalam rekod sistem JPJ.

Sumber berkata, semua pemilik kenderaan itu ditahan JIPS selepas gagal memberi keterangan memuaskan berkaitan pemilikan kenderaan berkenaan yang bernilai lebih RM400,000 mengikut harga pasaran.

“Susulan itu semua kenderaan berkenaan dirampas untuk siasatan lanjut.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil iaitu gagal memberi penjelasan memuaskan berhubung asal usul kenderaan dimiliki.

“Siasatan lanjut juga mendapati semua kenderaan ini diperoleh secara salah dan dirampas daripada pemilik asal tanpa membuat laporan polis,” katanya.

Rabu lalu, seorang penjawat awam turut ditahan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) di Kangar, Perlis, kerana memiliki kereta mewah klon.

Semua kenderaan dirampas bernilai

RM400,000 mengikut harga

pasaran

 ??  ??
 ??  ?? KERETA yang dirampas dipercayai dibawa masuk dari Singapura.
KERETA yang dirampas dipercayai dibawa masuk dari Singapura.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 15 Disember lalu.
LAPORAN Harian Metro, 15 Disember lalu.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 23 Disember lalu.
LAPORAN Harian Metro, 23 Disember lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia