Harian Metro

MAEL terbaik!

„ Pam penyedut madu lebah kelulut direka lulusan IKTBN dapat pengiktira­fan dunia

- Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@hmetro.com.my

Jika ada kemahuan, pasti di situ ada jalannya. Siapa sangka bermula hanya dengan suka-suka, rekaan pam penyedut madu lebah kelulut seorang anak jati Pasir Mas, Kelantan, Ismail Ibrahim, 27, kini diguna secara meluas dan diiktiraf di peringkat nasional.

Anak muda itu boleh berbangga kerana kreativiti idea rekaan pam penyedut madu lebah kelulut yang diberi nama MAEL itu turut dipilih memenangi Anugerah Emas Inovasi Teknologi Pertanian 2016 (Kategori Petani) dan Anugerah Emas Ketua Pengarah Pertanian tahun lalu.

Rekaan Ismail itu turut memenangi Anugerah Gangsa Malaysian Agricultur­al Invention Show (MAgIS) iaitu pameran dan pertanding­an inovasi dalam bidang pertanian serta industri asas tani yang diadakan bertujuan mempromosi budaya inovasi.

Lulusan Diploma Teknologi Pembuatan Acuan, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang itu berkata, dia mula mereka pam penyedut sendiri selepas kecewa dengan kualiti pam penyedut sedia ada di pasaran.

Kata Ismail, kebanyakan pam penyedut madu yang terdapat di pasaran tidak tahan lama dan harganya pula agak mahal, mendorongn­ya menghasilk­an alat yang lebih murah untuk kegunaan pengusaha kecil-kecilan.

“Satu pam penyedut madu biasa berharga ratusan hingga mencecah ribuan ringgit, tetapi ia tidak bertahan lama kerana kerosakan pada baterinya dan kurang berbaloi untuk digunakan.

“Saya sendiri sudah menggunaka­n pelbagai pam penyedut daripada yang murah hingga berharga ribuan ringgit namun hampa kerana kebanyakan­nya tidak tahan lama.

“Disebabkan itu, timbul idea untuk mereka sendiri pam penyedut yang bukan saja lebih ekonomi, malah mempunyai bateri boleh caj semula bagi membantu pengusaha madu lebah kelulut mendapatka­n hasil maksimum dengan pelaburan lebih bernilai,” katanya.

Menurut Ismail, sudah lama dia ingin menghasilk­an pam penyedut sendiri namun disebabkan kekangan kewangan, ia hanya dapat direalisas­ikan awal tahun lalu.

Kata Ismail, rekaan pam penyedutny­a lebih praktikal selain boleh menampung lebih satu liter madu dan akan berhenti secara automatik apabila bekasnya penuh.

Katanya, enjin penyedut yang digunakan juga lebih berkuasa dan operasinya tahan sehingga 12 jam lamanya.

“Berbeza dengan alat yang sama di pasaran, pam penyedut ini juga lebih ringan iaitu sekitar 2.7 kilogram dengan panjang 42 sentimeter (cm) dan lebar 5.4 cm.

“Selain itu strukturny­a juga tahan lebih lama kerana diperbuat daripada kayu khas selain dilengkapi dengan tiub sepanjang 1.5 meter.

“Alhamdulil­lah, sejak diperkenal­kan kepada orang ramai, lebih 300 tempahan diterima bukan saja dari dalam negara malah dari Thailand dan Brunei,” katanya yang merancang untuk mengkomers­ialkan pam itu ke pasaran luar.

Anak keenam daripada tujuh beradik itu berkata, tidak ramai menyedari lebah kelulut mampu mendatangk­an pendapatan lumayan walaupun serangga berkenaan gemar menjadikan batang pokok sebagai habitat semula jadinya.

Jelas Ismail, dia mengusahak­an 100 sarang madu lebah kelulut di Kampung Tok Uban, Pasir Mas, sejak 2012 dan hasil madu yang diperoleh menjadi sumber pendapatan utamanya.

“Kelulut sering disamakan dengan spesies penyengat, tetapi ia mempunyai nilai tinggi dalam pengeluara­n madu berkualiti yang kaya dengan antioksida­n. “Khasiat madu kelulut dikatakan dapat meningkatk­an metabolism­e badan, menambahka­n tenaga batin, menjaga kecantikan, memberi tenaga kepada wanita yang baru bersalin dan membantu merawat kecederaan dalaman.

“Madu kelulut juga dipercayai dapat membantu memperlaha­nkan pertumbuha­n sel kanser, mengecutka­n keradangan dan meningkatk­an daya imunisasi tubuh,” katanya yang mengakui madu lebah kelulut yang dihasilkan mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.

 ??  ?? ISMAIL menyedut madu menggunaka­n MAEL. Gambar kecil, madu lebah kelulut yang dijual Ismail mendapat sambutan hangat.
ISMAIL menyedut madu menggunaka­n MAEL. Gambar kecil, madu lebah kelulut yang dijual Ismail mendapat sambutan hangat.
 ??  ?? ISMAIL menunjukka­n sijil dan piala penghargaa­n yang dimenangi menerusi rekaan pam penyedut madu lebah kelulut.
ISMAIL menunjukka­n sijil dan piala penghargaa­n yang dimenangi menerusi rekaan pam penyedut madu lebah kelulut.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia