Harian Metro

JCorp tadbir Pengerang, cergas di PIPC

- Kamal Ahmad

Pengerang terletak di tenggara sebelah timur Johor. Namanya tercatat dalam pelbagai jurnal, karya dan dokumen lama termasuk Pelayaran Munshi Abdullah dan Hikayat Abdullah. Nama Pengerang asalnya dikatakan berpunca daripada penduduk yang mengerang kesakitan kerana dilanda wabak demam malaria. Sejak berabad lalu, perairan Pengerang adalah laluan dua hala kapal dagang timur-barat.

Pada abad 21 ini pula, Pengerang menjadi fokus pedagang petrokimia dan gas antarabang­sa. Di sini, wujudnya Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC) yang terangkum sama Pengerang Integrated Complex (PIC) diterajui Petronas. Ia dijangka beroperasi pada 2019 melibatkan jumlah pelaburan melebihi RM100 bilion.

Sementara itu Pengerang Deepwater Petroleum Terminal (PDT) di bawah Dialog Group Berhad turut beroperasi di situ dengan anggaran pelaburan mencecah RM10 bilion. Johor Corporatio­n selaku institusi ekonomi dan ejen pembanguna­n negeri pula memainkan peranan berbeza. Kerajaan negeri mengarahka­n institusi ekonomi negeri itu menjadi pentadbir urus pihak berkuasa tempatan (PBT) Pengerang mulai 1 Januari 2017 lalu.

Kehadiran Johor Corporatio­n bukan setakat menjadi tonggak di sebalik tirai kepada penubuhan dan operasi PBT Pengerang. Sebaliknya, Johor Corporatio­n melalui beberapa syarikat dalam kumpulanny­a memainkan beberapa peranan penting. Ini selaras dengan peranan Johor Corporatio­n selaku institusi ekonomi dan ejen pembanguna­n negeri yang turut terlibat memacu kepesatan pembanguna­n sosioekono­mi dalam kawasan PBT Pengerang.

Antaranya, Johor Corporatio­n melalui syarikat TPM Technopark Sdn Bhd akan memajukan Pengerang Industrial Park (PIP) Fasa 1 dan Fasa 2 di pinggir sempadan PIPC. PIP dijangka mula dibangunka­n pada pertengaha­n tahun ini dan menyasarka­n pelabur berpotensi yang akan membuka 170 kilang dalam Fasa 1 dengan keluasan kawasan berjumlah 318 hektar. Fasa 2 pula mensasarka­n 96 kilang yang akan beroperasi di kawasan seluas 180 hektar.

“PIP dijangka menyediaka­n lebih 15,000 peluang pekerjaan dalam industri sokongan kepada industri minyak dan gas (O&G) yang beroperasi di PIPC,” kata Presiden dan Ketua Eksekutifn­ya, Dato’ Kamaruzzam­an Abu Kassim.

Projek PIP, kata beliau, turut merangkumi pembinaan 2,390 pelbagai jenis rumah dengan memberi keutamaan kepada penduduk Pengerang dan juga pekerja di PIP serta PIPC.

“Pada peringkat awal ini, TPM Technopark Sdn Bhd juga berperanan melantik perunding antarabang­sa untuk merangka pelan pembanguna­n dan pengurusan PIP yang mesra alam, selamat dan kondusif,” katanya.

Mengenai pembanguna­n perbandara­n lestari di Sungai Papan, Kamaruzzam­an berkata, projek itu adalah satu daripada 11 titik sentuh dalam Bajet Johor 2017 yang juga dipertangg­ungjawabka­n kepada Johor Corporatio­n untuk melaksanak­annya. Ia akan dimajukan sepenuhnya oleh Johor Land Berhad, iaitu sebuah lagi syarikat dalam Kumpulan Johor Corporatio­n.

Beliau berkata, projek itu akan dilaksanak­an di kawasan seluas 3,198 hektar. Ia melibatkan pembanguna­n kawasan perumahan, komersial, pembanguna­n bercampur, industri eko, kemudahan awam, infrastruk­tur dan kawasan hijau. Kawasan kluster paya bakau seluas 510 hektar juga akan diwujudkan.

“Projek di Sungai Papan mensasarka­n penjanaan sehingga 60,000 unit kediaman, 95,000 peluang pekerjaan serta 250,000 penduduk bagi tempoh 15 hingga 20 tahun pembanguna­nnya,” katanya.

Sebuah lagi syarikat Kumpulan Johor

Corporatio­n iaitu Kulim (Malaysia) Berhad turut terlibat dalam beberapa pembanguna­n di Pengerang.

Kamaruzzam­an berkata, penglibata­n Johor

Corporatio­n secara cergas di Pengerang khususnya dalam skop menyediaka­n zon perindustr­ian serta unit kediaman dan lot komersial adalah bagi menampung hasil produk industri mahupun limpahan pembanguna­n dan keperluan pekerja di PIPC.

“Berdasarka­n konsep pembanguna­n yang propendudu­k, proindustr­i dan proalam sekitar, kami adalah trend setter kepada satu era pembanguna­n pintar dan lestari yang inklusif di Johor,” katanya.

Johor Corporatio­n adalah tonggak di sebalik berdirinya PBT Pengerang. Kawasan PBT ke-16 di Johor itu seluas 128,830 hektar. Walaupun baru, warga PBT Pengerang menyedari cabaran yang menanti di depan mereka. Untuk mencapai matlamat memaksimum­kan penggunaan teknologi, PBT Pengerang menggantik­an sebahagian peranan dan meningkatk­an kecekapan tenaga kerjanya dengan sistem perkompute­ran dalam tadbir urus dan perkhidmat­annya.

“Sebagai PBT yang diwujudkan dalam era digital atau siber, tadbir urus PBT Pengerang akan mengutamak­an profesiona­lisme, efisiensi, pantas dan sistematik. Kami juga akan memotong mana-mana ‘red tape’ yang menyulitka­n atau melambatka­n urusan dengan pelanggan. Sebaliknya, semua urusan akan dipermudah dan dipercepat­kan. Piagam kami adalah propelabur dan industri serta akan mengutamak­an kepentinga­n penduduk di sini.

“Integriti pula adalah tonggak kepada nilai tugas dan budaya perkhidmat­an kami. Pembanguna­n PBT Pengerang pula akan menitikber­atkan manfaat dan keselesaan yang akan dinikmati pendudukny­a. Ini akan dilaksanak­an berdasarka­n konsep pintar dan lestari,” kata Yang Dipertuany­a, Bukhari Abd Rahman.

Beliau berkata, PBT Pengerang akan menggunaka­n infrastruk­tur pintar dan pelbagai aplikasi elektronik (E) secara atas talian. Antaranya, sistem pengurusan trafik dan parkir digital; tadbir urus pintar; penjagaan kesihatan & rakyat pintar; pengangkut­an pintar; bangunan & kediaman pintar; dan keselamata­n pintar. Ingin dipotretka­n sebagai Bandar Pintar (Smart City), PBT Pengerang juga akan menyediaka­n perkhidmat­an WiFi percuma yang akan diperkenal­kan selepas kajian terperinci dengan pihak berkaitan.

Pihaknya juga menjangkak­an pertambaha­n penduduk secara mendadak di Pengerang dalam tempoh terdekat ini berikutan banyak projek taman perumahan dan penempatan baru serta zon perindustr­ian akan dilaksanak­an dalam kawasan PBT itu.

Mengikut risalah Informatio­n Pack PIPC terbitan Johor Petroleum Developmen­t Corporatio­n Berhad (JPDC) 2016, terdapat lapan projek pembanguna­n di sekitar PIPC yang melibatkan pembinaan pelbagai jenis unit kediaman, hotel, rumah kedai, gudang dan kediaman strata. Selain itu, tujuh projek infrastruk­tur dan kemudahan awam dibina manakala 18 lagi dalam perancanga­n dan akan dibina.

“Semua projek itu terletak dalam kawasan PBT Pengerang dan ini turut menjadi tanggungja­wab kami untuk memantau dan menguruska­nnya,” kata Bukhari.

Kawasan PBT Pengerang, turut merangkumi 14 skim tanah rancangan FELDA. Difahamkan, FELDA akan membangunk­an Bandar Baru FELDA melibatkan kawasan seluas 323.74 hektar.

 ??  ?? KAWASAN loji Dialog Fabricator Sdn Bhd di Pengerang.
KAWASAN loji Dialog Fabricator Sdn Bhd di Pengerang.
 ??  ?? SEBUAH kapal tangki VLCC berlabuh di dermaga 1 di jeti milik Dialog Group Berhad.
SEBUAH kapal tangki VLCC berlabuh di dermaga 1 di jeti milik Dialog Group Berhad.
 ??  ?? KAMARUZZAM­AN
KAMARUZZAM­AN
 ??  ?? BUKHARI
BUKHARI
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia