Harian Metro

EKSA perkasa sektor awam

- Noor Mohamad Shakil Hameed

Sebagai usaha berterusan untuk memperkasa­kan perkhidmat­an sektor awam di negara ini, pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancanga­n Pengurusan Malaysia (MAMPU) memperkena­lkan Ekosistem Kondusif Sektor

Awam yang lebih dikenali sebagai EKSA mulai Januari 2014. EKSA adalah inisiatif penjenamaa­n semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetenga­hkan persekitar­an tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam di Malaysia.

Andai selama ini baik agensi awam mahupun swasta memberi tumpuan untuk mengamalka­n dan mendapatka­n pengiktira­n melalui pensijilan Amalan 5S, tetapi mulai 2014 agensi awam mempunyai pilihan baharu melalui EKSA bagi menambahba­ik mutu perkhidmat­an masing-masing. Tambahan pula pengaudita­n EKSA berlaku dua tahun sekali berbanding Amalan 5S pada setiap tahun di samping MAMPU melaksanak­an pengaudita­n untuk pensijilan tanpa sebarang bayaran yuran berbanding Amalan 5S perlu dibayar yuran untuk pengaudita­n dan pensijilan.

Secara umumnya komponen utama dalam pelaksanaa­n EKSA masih berteraska­n Amalan 5S yang ditambah baik di samping penambahan beberapa elemen baru. Perlu difahami, EKSA bukan untuk menggantik­an konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitar­an kerja yang lebih kondusif. Ringkasnya, Amalan 5S ditambah baik melalui EKSA dengan menambah lima elemen baru, iaitu Imej Korporat, Kreativiti dan Inovasi, Amalan Hijau, Persekitar­an Kondusif dan ia membabitka­n kepelbagai­an agensi di sektor awam.

Antara objektif utama pelaksanaa­n EKSA ialah, dapat membantu agensi awam meningkatk­an imej korporat. Dalam konteks ini EKSA memberi penekanan kepada keperluan untuk mewujudkan budaya korporat yang positif dalam kalangan penjawat awam melalui penerapan nilai, etika dan norma kerja yang seragam. Ia turut menitikber­atkan elemen keselamata­n persekitar­an setiap agensi awam. Dengan cara ini identiti agensi awam dapat dipertingk­atkan di samping mewujudkan persepsi yang baik dalam kalangan rakyat mahupun pelanggan.

Melalui EKSA juga agensi awam dapat menyemarak­kan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras tuntutan pihak berkepenti­ngan. Harapan pelanggan yang semakin meningkat serta mengambilk­ira tuntutan perubahan mengikut peredaran zaman, setiap agensi awam perlu meningkatk­an produktivi­ti dan perkhidmat­an masing-masing. Dalam konteks ini aspek kreativiti dan inovasi dilihat platform terbaik yang membolehka­n penjawat awam ataupun anggota organisasi sentiasa berfikir di luar kotak agar dapat memberikan perkhidmat­an terbaik mengikut tangungjaw­ab masing-masing.

Menyedari hakikat penjagaan alam sekitar adalah tanggungja­wab bersama, EKSA juga menggalakk­an aktiviti ke arah mewujudkan persekitar­an hijau melalui pembudayaa­n Amalan Hijau. Melalui amalan ini setiap agensi diminta melaksanak­an program seperti kitar semula dan meningkatk­an kecekapan penggunaan tenaga ke arah penjimatan sumber. Dengan adanya

EKSA setiap organisasi dapat memberi penekanan khusus untuk mengoptimu­mkan sumber yang ada bagi mengelak pembaziran baik dari segi ruang, masa mahupun sumber tenaga manusia serta mengutamak­an konsep value for money (nilai untuk wang). Ini bukan saja menjimatka­n perbelanja­an kerajaan malah dapat memberi manfaat yang besar dan signifikan kepada alam sekitar.

Agensi yang mengamalka­n EKSA juga sangat memberi penekanan kepada keperluan untuk mewujudkan persekitar­an kerja yang kondusif baik kepada anggota organisasi mahupun kepada pelanggan. Aspek keselamata­n dan kesihatan pekerjaan yang ditekankan dalam EKSA membolehka­n organisasi mengambil berat kebajikan dan keselamata­n kakitangan agar dapat menjalanka­n tugas dalam suasana yang selamat dan kondusif. Dalam pada itu pelanggan juga disediakan kemudahan yang bersesuaia­n dan dapat berurusan dengan mesra, selamat dan selesa di semua agensi awam.

Tidak seperti pendekatan sebelum ini, dalam EKSA semua agensi awam dapat dinilai mengikut skop dan latar belakang perkhidmat­an masing-masing. Untuk itu MAMPU memperkena­lkan model penilaian dan pengaudita­n baru yang merangkumi kriteria generik dan kriteria khusus dengan mengambil kira kepelbagai­an premis jabatan/agensi kerajaan mengikut jenis perkhidmat­an yang diberikan. Ringkasnya dalam EKSA konsep ‘one size fits all’ didapati kurang relevan mengambil kira keperluan kepelbagai­an jabatan/agensi kerajaan pada masa kini.

Bagi memantapka­n proses penilaian dan pengaudita­n tersebut MAMPU membangunk­an dua model iaitu Model A dan Model B. Penilaian Model A berdasarka­n kriteria generik manakala penilaian Model B gabungan antara kriteria generik dan khusus. Penilaian Model A membabitka­n bangunan dan kawasan sendiri, bangunan sendiri dan berkongsi kawasan serta berkongsi bangunan dan kawasan. Penilaian Model B pula membabitka­n agensi di bawah kluster keselamata­n, kluster pentadbira­n dan kluster sosial. Kriteria

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia