Harian Metro

PENCOPET DIGITAL

- Amir Abd Hamid, Mohd Firdaus Ibrahim dan Muhammad Saufi Hassan am@hmetro.com.my

Jika dulu penyeluk saku memerlukan kepantasan tangan untuk mencuri dompet, kini mereka hanya menggunaka­n aplikasi khas yang boleh membaca data pada cip kad bank mangsa. Penyeluk saku siber ini hanya perlu mendekati mangsa untuk mencuri wang di dalam akaun, lapor Amir Abd Hamid, Mohd Firdaus Ibrahim dan Muhammad Saufi Hassan

„ Penjenayah hanya perlu memuat turun aplikasi membaca gelombang radio cip kad bank untuk mencuri maklumat pengguna payWave

Kuala Lumpur

Hanya menggunaka­n aplikasi yang dimuat turun di telefon pintar, sesiapa saja boleh memperoleh data kad bank ATM seseorang tanpa disedari sebelum mencuri wang daripada akaun menerusi kaedah tertentu.

Jika dulu, penyeluk saku memerlukan ‘kepakaran’ serta ‘keberanian’ untuk mencuri dompet mangsa namun pencuri zaman maya ini hanya memerlukan aplikasi yang boleh membaca gelombang radio yang terdapat pada cip kad bank baharu atau dikenali sebagai payWave.

Penyeluk saku digital ini menggunaka­n aplikasi mudah serta percuma dimuat turun di telefon pintar selain peralatan tertentu untuk kegunaan mencuri.

Mangsa tidak akan menyedari data kad bank ATM dicuri kerana penyeluk saku digital ini hanya perlu mendekati mangsa kurang satu meter.

Lebih menakutkan, penyeluk saku digital ini mampu untuk berada pada jarak jauh sekiranya mempunyai Alat Pembaca Gelombang Radio yang mudah didapati menerusi jualan dalam talian.

Perkara itu didedahkan Pakar Perunding Keselamata­n Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Mohd Nizam Mohd Salleh yang melihat cip terbaru kad bank terdedah dengan bahaya tertentu jika tiada langkah untuk memperketa­tkan ciri keselamata­n diambil.

Mohd Nizam berkata, kad bank paling terdedah dengan kecurian itu adalah berciri payWave atau kad berasaskan PIN menggunaka­n teknologi gelombang frekuensi dengan kemudahan transaksi pembayaran tanpa sentuh.

“Telefon pintar dilengkapi teknologi komunikasi frekuensi berkuasa tinggi jarak dekat tanpa wayar. Untuk lebih mudah difahami, kegunaanny­a seperti SmartTAG apabila wang akan ditolak sekiranya dikesan gelombang pada kad berkenaan sama ada kad debit atau kad kredit.

“Penjenayah yang sudah menyedut segala maklumat kad ATM mangsa secara automatik mampu menyelewen­g akaun berkenaan termasuk menggunaka­nnya untuk membuat pembelian,” katanya.

Selepas mendapat maklumat, penjenayah boleh melakukan transaksi dengan hanya mengimbas telefon pintarnya di mesin payWave.

Ketika ini, katanya, untuk mengelakka­n data dicuri menggunaka­n aplikasi atau gajet tertentu itu hanyalah dengan membalut kad

ATM payWave dengan menggunaka­n foil aluminium atau dompet khas yang berupaya menyekat gelombang.

Mohd Nizam berkata, masyarakat Malaysia belum menyedari risiko penggunaan kad ATM berciri teknologi gelombang frekuensi berbanding di negara maju seperti di Amerika Syarikat (AS).

“Kes kehilangan wang membabitka­n penggunaan kad ATM payWave sudah berleluasa di AS dan kaedah perlindung­an, termasuk dompet khas sudah mula digunakan berbanding di negara ini.

“Masyarakat negara ini boleh memesan dompet khas untuk kad ATM payWave itu menerusi pesanan urusniaga alam maya seperti di e-Bay atau kaedah termudah membalut kad atau dompet sedia ada dengan menggunaka­n foil aluminium.

“Foil aluminium mempunyai ciri penampan sebarang gelombang, malah sekiranya telefon pintar kita dibalut foil aluminium pun akan menyebabka­n ia gagal untuk dihubungi,” katanya.

Selain itu, katanya, persoalan juga timbul apakah jaminan kepada pemilik kad

ATM payWave kerana pencuri boleh menggunaka­n kad berkenaan untuk membuat pembelian sekiranya dompet dicuri.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia