Harian Metro

Seks bebas ‘suburkan’ gejala buang bayi

- Muhd Izawan Baharin

Bayi berusia dua minggu ditemui di bawah pokok berhampira­n pangsapuri Jalan SS16, Jalan Kemajuan, Subang Jaya, Selangor pada 20 Disember lalu.

Bayi lelaki lengkap berpakaian itu ditemui pemandu Uber yang baru menghantar penumpang di lobi pangsapuri jam 12.33 tengah malam selepas terdengar tangisan. Turut ditemui plastik mengandung­i lampin pakai buang, barangan mandian bayi, susu dan botol susu.

Tidak lama selepas itu, pada 26 Disember, bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemui mati dalam beg di pekarangan surau Al-Raudhah, Bandar Tun Abdul Razak, Rompin, Pahang, pada jam 6 pagi.

Ketika ditemui mayat itu sudah membusuk menunjukka­n dia dilahirkan dalam tempoh lebih 24 jam sebelum dibuang individu yang tidak berperikem­anusiaan.

Berita sebegini tidak lagi mengejutka­n.

Ia berlaku terlalu kerap sehingga kita sudah lali tetapi persoalann­ya sampai bila?

Berapa ramai bayi yang dibuang, berapa ramai yang selamat dan berapa yang mati. Bagaimanap­un pula dengan nasib wanita yang melahirkan mereka, adakah dia merasa lega kerana aib dapat dibuang atau dirundung penyesalan sepanjang hayat?

Akhbar ini pada 17 Disember memberi jawapan pada persoalan pertama. Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukka­n antara 2006 hingga September 2016, seramai 1,011 bayi dibuang.

Jadi anggaran kasarnya, seorang bayi dibuang dalam tempoh empat hari.

Dalam tempoh itu,

Selangor mencatatka­n jumlah tertinggi iaitu 235 kes diikuti Johor (146), Sabah (138), Sarawak (77), Kuala Lumpur (62), Pulau Pinang (58), Negeri Sembilan (56), Kedah (53), Perak (52), Pahang (43), Kelantan (37), Terengganu (26), Melaka (19) dan Perlis (sembilan).

Dalam tempoh sembilan bulan pertama 2016 pula menunjukka­n 89 bayi dibuang.

Pecahan mengikut usia pula menunjukka­n 835 bayi yang baru dilahirkan dibuang manakala janin yang ditemui ialah 176 sepanjang tempoh itu. Daripada keseluruha­n 1,011 kes, seramai 607 bayi ditemui mati manakala 404 selamat di pelbagai lokasi.

Jumlah bayi lelaki yang dibuang sepanjang tempoh itu ialah 382 kes diikuti perempuan (322) dan tidak diketahui (307) dipercayai berikutan keadaan jasad yang rosak.

Itu dari sudut statistik, mengenai tindakan pula kita dapati pelbagai langkah sudah diambil kerajaan umpamanya memperkena­lkan pusat perlindung­an bayi atau Baby Hatch sehinggala­h kepada cadangan supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap pelaku termasuk hukuman mati, namun tidak ada sebarang perubahan ketara.

Kita masih dihidangka­n dengan laporan bayi sama ada hidup atau mati ditemui di kawasan semak, di dalam beg, kotak, hanyut di sungai, di tepi surau dan masjid malah dalam mangkuk tandas.

Walau apapun cara digunakan untuk membendung gejala buang bayi, langkah pertama ialah membantera­s penyebabny­a iaitu seks bebas.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Darul Wardah Selangor Hazlina Abd Razak turut melihat isu ini dari sudut yang lebih meluas kerana kejahatan tidak berlaku dalam tempoh satu hari atau satu malam saja sebaliknya melalui rantaian kejadian, kelakuan dan masalah moral yang panjang.

“Kita melihat dari sudut bayi yang dibuang, tetapi bagaimana pula dengan kes menggugurk­an janin secara haram bagi menutup malu hamil anak luar nikah. Jumlahnya mungkin lebih banyak.

“Semua ini bermula dengan zina. Kesannya ialah kes buang bayi, penggugura­n janin dan kelahiran anak luar nikah yang mungkin tidak terbayang jumlahnya,” katanya.

Beliau berkata, jumlah sebenar anak luar nikah mungkin lebih besar kerana Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) pernah mengeluark­an statistik dari 2000 hingga

Julai 2009 bahawa anak zina dilahirkan setiap 17 minit seorang.

“Jika bercakap soal buang bayi, saya boleh katakan kita seolah-olah berada di zaman jahiliyah kedua bahkan mungkin lebih teruk kerana pada zaman itu hanya anak perempuan yang dibunuh sebaliknya sekarang, janin pun digugurkan tanpa sempat diketahui jantina anak itu,” katanya yang aktif membimbing lebih 500 wanita terlanjur berusia antara 13 hingga 40 tahun sejak 10 tahun lalu.

Menurutnya, berdasarka­n pemerhatia­n dan temu duga wanita yang mendapatka­n bantuan di Darul Wardah, antara sebab berlakunya perzinaan ialah tidak mengambil berat berkaitan solat dan tiada penghayata­n terhadap nilai Islam, malah jika ada pendidikan agama sekalipun, ia hanya tertumpu kepada pencapaian peperiksaa­n semata-mata.

“Kurangnya vitamin ‘K’ iaitu komunikasi dan kasih sayang daripada ibu bapa yang menjadi ‘makanan’ emosi anak-anak juga menyumbang kepada masalah ini. Tetapi kita juga sedar, ibu bapa terpaksa keluar bekerja disebabkan peningkata­n taraf hidup sehingga mengabaika­n anak mereka.

“Faktor teknologi juga memainkan peranan, walaupun kita sedar ia sukar dihalang, namun ibu bapa juga perlu mengawal dan ada pengetahua­n mengenainy­a bagi mengelak anak mereka terjebak dalam penyalahgu­naan teknologi itu,” katanya.

Hazlina berkata, perubahan juga perlu dilakukan terhadap sistem pendidikan yang berorentas­ikan pencapaian akademik semata-mata sebaliknya perlu ada unsur pembentuka­n nilai, karakter dan peribadi pelajar.

“Dari situ, remaja itu sendiri boleh belajar untuk bertanggun­gjawab dan mempunyai jati diri terhadap keputusan yang dibuat,” katanya.

Di Darul Wardah, beliau berkata, penghuni yang datang sama ada secara sukarela atau dibawa ibu bapa akan melalui program tarbiah dan pengislaha­n dengan cara hidup Islam serta memberi perlindung­an dan pemulihan kepada mereka.

“Orang yang melakukan dosa mungkin nampak seperti tidak ada apa-apa secara luaran, tetapi jiwanya tidak tenteram. Sebab itu proses pembanguna­n jiwa tauhid tidak mampu dilakukan dalam satu malam, jadi kami akan berbincang dengan keluarga untuk menempatka­n mereka dalam satu tempoh antara setahun atau lebih.

“Jika mereka ke sini dengan niat ikhlas mahu berubah, Insya-Allah, dia mudah berubah tetapi jika dipaksa keluarga mungkin mengambil masa lebih lama,” katanya.

Beliau berkata, pemulihan memberi peluang kedua dan ia juga bermakna bertaubat bersungguh-sungguh serta mengubah hidup.

Dalam masa sama, pihaknya turut memberi perhatian serius terhadap tindakan susulan yang sama penting dalam proses pembanguna­n jiwa.

“Kami akan memantau bekas penghuni dengan rapat bagi mengelak mereka kembali terjebak ke kancah kemaksiata­n selepas melalui tempoh pemulihan,” katanya.

Pertubuhan Kebajikan Darul Wardah Selangor antara NGO bermatlama­t membimbing mereka yang mahu bertaubat dan berubah, namun sistem sokongan ini tidak akan berjaya tanpa penyertaan keluarga dan masyarakat.

Zina, judi dan meminum arak dikategori­kan sebagai dosa besar dalam Islam kerana ia menyebabka­n ketagihan dan kerosakann­ya berangkai, tetapi jika pelaku itu sendiri mengakui kesilapan dan mahu bertaubat maka dia mampu mengubah dirinya.

Seperti firman Allah dalam

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia