Harian Metro

Tawaran murah perangkap mudah sindiket

-

Kuala Lumpur: “Jangan terpedaya dengan tawaran harga rendah berbanding pasaran semata-mata mahu mendapatka­n pulangan keuntungan tinggi,” kata Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Roslan Abd Wahid.

Roslan berkata, kebanyakan kes penipuan yang dilaporkan, mangsa menerima bayaran atau barangan ditempah pada peringkat awal namun tidak menerima sepenuhnya tempahan dijanjikan kepada mangsa.

“Modus operandi sindiket ini mengumpan mangsanya dengan memberikan bayaran atau barangan dijanjikan pada peringkat awal sebelum menghilang­kan diri dalam tempoh tertentu.

“Malah, sindiket itu juga melantik ejen yang juga mangsa untuk mempromosi­kan pakej mereka bagi mendapatka­n lebih ramai pelanggan dengan nilai pelaburan dan urusan jual beli yang tinggi,” katanya, semalam.

Beliau berkata, pihaknya memantau beberapa syarikat dikenal pasti terbabit dengan sindiket penipuan pelaburan mahupun urus niaga jual beli emas namun belum ada tindakan diambil.

“Sindiket penipuan ini aktif sejak beberapa tahun lalu. Bagaimanap­un, ada di antara mangsa baru saja membuat laporan polis selepas beberapa tahun menyedari ditipu.

“Ini sekali gus menyukarka­n siasatan kerana perlu dibuat secara menyeluruh bukan saja terhadap mangsa, malah membabitka­n suspek yang mendakwa diri mereka ejen dan turut ditipu sindiket berkenaan,” katanya.

Pasangan suami isteri yang mendakwa mereka ejen dan turut ditipu syarikat mengeluark­an emas membuat laporan polis di Balai Polis Air Keroh, Melaka. Kes mereka disiasat JSJK Bukit Aman mengikut Akta Pencegahan dan Penggubaha­n Wang Haram (AMLA).

Sementara itu, Ketua JSJK Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Luthfi Ismail Abdullah berkata, siasatan berhubung kes penipuan urusan jual beli jongkong emas seberat 128 kilogram bernilai lebih RM14 juta itu dilakukan termasuk mengumpul dokumen daripada mangsa.

“Berdasarka­n keterangan mangsa, dia mendakwa tidak mendapat emas dijanjikan daripada suspek selepas pembayaran,” katanya

Beliau berkata, masih terlalu awal membuat sebarang rumusan berhubung kes ini sama ada ia berkaitan sindiket pelaburan emas atau sebaliknya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

 ??  ?? ROSLAN
ROSLAN
 ??  ?? MOHD Luthfi
MOHD Luthfi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia