Harian Metro

Kaulah segalanya...

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

“Sebelum berjaya, keluarga dan Aina (tunang) adalah orang yang selalu menyokong saya, jika bukan mereka mungkin saya bukan siapa-siapa hari ini.

“Jadi apabila kini saya diberikan rezeki lebih, apa salahnya kalau saya beri ganjaran dan penghargaa­n seperti ini kerana memang mereka layak menerimany­a,” demikian kata Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad, 24, atau lebih dikenali Hafiz Mahamad.

Nama Hafiz Mahamad menjadi sebutan netizen selepas membuat kejutan membawa orang tuanya, Mahamad Abdullah, 55, dan Wan Norah Wan Salleh, 50, serta tunangnya, Nur Syafiqa Aina Abdul Wahab, 23, menaiki kapal mewah di Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor, baru-baru ini.

Menurut anak kelahiran Bukit Tiram,

Johor ini, dia mengambil masa sebulan membuat persiapan dengan dibantu syarikat perunding acara dan jurugambar profesiona­l bagi merealisas­ikan hasratnya itu.

“Setiap orang mempunyai cara tersendiri bagaimana mahu menggembir­akan dan membahagia­kan orang tersayang. Orang lain mungkin lebih suka pergi melancong selepas penat bekerja tapi ini cara saya.

“Saya lebih suka mencipta kejutan unik sebegini untuk dijadikan kenangan serta menggembir­akan hati orang tua dan tunang saya.

“Ia satu kepuasan kepada saya kerana sejak kecil saya sentiasa berangan untuk ada kehidupan sempurna bersama orang tersayang,” katanya.

Hafiz menafikan dia cuba memberikan pengaruh negatif kepada anak muda lain termasuk pembaziran kerana kejutan seumpama itu menelan kos yang tinggi.

“Bukan niat saya hendak menunjuk-nunjuk kemewahan yang ada kerana membawa keluarga dan insan tersayang untuk berada dalam kehidupan senang adalah impian saya sebagai tanda membalas jasa mereka.

“Jadi, apabila ada rezeki Allah beri, saya tak mahu terlepas peluang beri orang tua saya kenangan manis macam ini selagi ada hayat mereka.

“Tunang saya pula layak dilayan seperti ini atas sebab dia sanggup susah senang bersama saya dan menerima saya seadanya suatu ketika dulu,” katanya.

Menurut Hafiz, dia bekerja keras untuk menggapai impiannya dan berada pada tahap seperti hari ini sejak usianya 19 tahun membina perniagaan bersama rakan kongsi.

“Kami datang daripada keluarga sederhana, malah saya menjadikan ayah sebagai idola kerana dia gigih bekerja untuk kami dari awal pagi sampai balik malam hari.

“Dulu, masa saya lebih fokus kepada perniagaan yang dibangunka­n, alhamdulil­lah penat lelah saya berbaloi.

“Jadi saya rasakan inilah masanya untuk saya ‘membayar’ semula masa yang tertinggal ketika saya sibuk bekerja,” katanya.

Menurutnya, dia tidak menyangka video rakaman peristiwa menaiki kapal mewah itu tular selepas dia memuat naik dalam Instagram miliknya 13 Januari lalu.

“Saya buat video dan gambar kerana mahu kenangan itu dapat diingati sepanjang masa. Tak ada niat untuk popular sebab dari dulu lagi memang saya suka kongsikan apa-apa di Instagram saya.

“Ia lebih praktikal dan selamat pada zaman ini berbanding simpan dalam komputer riba mahupun hard disk atau pendrive (cakera keras, pemacu simpanan data),” katanya.

Katanya, dia tidak pernah ambil hati dan peduli kritikan orang lain, sebaliknya akan terus berusaha mencipta kelainan seumpama ini bagi membahagia­kan keluarga dan bakal suri hidupnya.

“Tahun ini kebetulan tahun terakhir kami hidup sebagai orang bujang, jadi kejutan kali ini sangat unik dan paling bermakna, sekali gus ingin membuktika­n betapa saya boleh menjaganya,” katanya.

„ Usahawan muda cipta kejutan unik buat ibu bapa, tunang tersayang

 ??  ?? ABDUL Hafiz Harisuddin meraikan keluarga dan tunangnya di atas kapal mewah.
ABDUL Hafiz Harisuddin meraikan keluarga dan tunangnya di atas kapal mewah.
 ??  ?? ABDUL Hafiz Harisuddin bersama Nur Syafiqa Aina.
ABDUL Hafiz Harisuddin bersama Nur Syafiqa Aina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia