Harian Metro

Nukilan sentuh kalbu

- Isma Ismail isma@hmetro.com.my

Muhammad Ramadhan Alias, 20, yang menghidap leukemia tahap empat berlepas ke Madinah untuk mengerjaka­n umrah bersama ibunya, Saibah Yaacub, 57, dengan penerbanga­n MH8000 kira-kira jam 1 petang semalam, sekali gus impiannya untuk ke Tanah Suci kian menjadi kenyataan.

Pemuda yang dimaklumka­n doktor merawatnya bahawa hayatnya hanya bertahan lima bulan itu amat berharap untuk menjejakka­n kakinya ke Tanah Suci.

Kisahnya yang mahu mengerjaka­n umrah itu mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman hingga sanggup menajanya menerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BKUM) serta kerajaan negeri.

Kelmarin, Ahmad Razif sendiri hadir ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) untuk mengucapka­n selamat jalan kepada Muhammad Ramadhan.

Kisah pemuda itu menarik perhatian ramai dan pemergiann­ya ke Tanah Suci mengerjaka­n umrah mendapat liputan media.

Berikutan itu, semakin ramai memberi tumpuan kepada kisah pemuda dari Kampung Beril, Paka itu termasuk mengikuti perkembang­annya di Facebook.

Sejak semalam, coretan pemuda itu di Facebook mula tular di media sosial hingga membangkit­kan pelbagai reaksi netizen termasuk tersentuh dengan luahan hati anak bongsu daripada lima beradik itu.

Coretan Muhammad Ramadhan dimuat naik pemuda itu sendiri pada 3 dan 4 Januari lalu membuatkan ramai memberi sokongan kepadanya untuk melawan penyakitny­a dan juga bersimpati dengan keadaan dihadapiny­a.

Berikut adalah luahan hatinya dengan sekeping gambarnya yang berkepala botak tertulis ‘berat mata memandang, berat lagi bahu ku memikul’ pada 3 Januari lalu:

“Aku Muhammad Ramadhan, umur aku 20 tahun, nak cerita sikit, ketika aku sihat aku dok (tak) kenal pun sejadoh (sejadah), mayang bang (solat) tah kuane (entah ke mana), senang cite (cerita) jahil la.

Ak (aku) macam orang lain gok (juga), main moto (motosikal) vrommm vrammm situ sini. Sap (hisap) rokok. Mulut huduh (mulut celupar). Macam-macam r agi (lagi).

Tapi bile kene (sakit) gini (begini) baru ada akar (akal). Ak (aku) kene nyakit (penyakit) ni dua hari sebelum puasa tahun 2016, ak (aku) kne (kena) tahap 3 llu (terus), kanser darah (leukemia).

Ak (aku) berubat hospital sampai 17/12/2016. Lepas tu doktor kabo (beritahu) xleh (tidak boleh) nk (nak) wat (buat) mnde (apa) dah, pihak hospital ngaku (mengaku) kaloh (kalah) doh (dah).

Dia kabo (beritahu) tggu (tunggu) mase (masa), ak (aku) tahap AKHIR dah tp (tapi) sebab Mek (ibu) ak (aku) kuat semangat sampai sekarang, ak (aku) mmpu (mampu) btahan (bertahan).

Doktor kabo (beritahu) “perkara akan berlaku ke RAMADHAN, darah akan keluar dekat telinga, hidung dan mata, tapi x (tidak) tahu bila, tp (tapi) akan berlaku.”

Masa ak (aku) lawan nyakit (penyakit) ni la aku byk (banyak) belajor (belajar) pasal agame (agama), bru (baru) la sedor (sedar), kalu (kalau) dok (tidak) kene (kena) gini (begini) pah (sampai) leni (sekarang) ak (aku) laroo (hanyut).

Duk (duduk) wowawowa (lepak) tepi jalan mcam (macam) org (orang) xdop (tiada) agame (agama), org (orang) tgk (tengok) ak (aku) sihat, segor (segar), tapi dalaman ni xdop (tiada) org (orang) tahu btapa (bertapa) skit (sakit) ak (aku) lawan nyakit (penyakit) tiap-tiap hari, tiap-tiap mlm (malam) ak (aku) akn (akan) ngis (menangis) sbb (sebab) skit (sakit).

Dia mcm (macam) moto (motorsikal), luor (luar) nmpk (nampak) comel je moto (motosikal), tp (tapi) dalam engin mcm mcm (macam-macam) rosok (rosak), gtu (begitu) r dgn (dengan) dri (diri) aku, se ag (satu lagi) ak (aku) nk (nak) kbo (beritahu) kalu (kalau) sakit jangan layan ngat (sangat) ke (dengan) sakit, kalau layan ko sakit (bertambah sakit), wat (buat) dok (tak) tahu er, insyaAllah x (tak) sakit.

Nk (nak) pesan la ke org org (orang) lain, setiap penyakit ada ubatnya, yg (yang) penting myg bang (solat) dan kuat semangat tu je hok (yang) utame kali (paling utama).”

Pada 4 Januari pula, Muhammad Ramadhan sekali lagi memuat naik coretannya dengan gambar duduk di atas sebatang kayu mati berserta dengan #LuahatiDip­agiHari. Berikut adalah coretannya itu:

“Dulu aku gembira, sampai tak kenal apa itu kesedihan tapi sekarang bila aku dah kenal kesedihan. Aku sudah lupa macamana nak gembira seperti dulu. Ye aku kuat untuk hadapi semua dugaan ini. Kadang-Kadang Ak (aku) ingin hidup seperti manusia biasa yang tiada patang (pantang).

Tapi aku mula sedar yang aku bukan macam mereka semua. Tapi aku syukur Allah uji aku di usia muda, banyak hikmah di sebalik semua ini. Aku juga nak bterima kasih (berterima kasih) kepada sahabat, abang, Kak Yang terutama Mak yang tak pernah lelah bagi semangat kepada aku?

Pahlawan kanser tahap akhir tu la gelaran aku bagi rakan-rakan yang senasib dengan aku. Terima kasih jugak yang bagi sumbangan kepada aku untuk ringankan beban aku.

Apalah nasib aku selepas ni, aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa. Hidup aku penuh dengan ubat. Penuh dengan derita tapi itu bukan alasan untuk ak (aku) mengaku kalah. Setiap penyakit ada ubatnya, semua itu kuasa Tuhan, betul tu semua kuasa Tuhan.

Baru sikit Tuhan uji. Ya Allah tujuh kali ambik air tulang belakang apalah kesan dia lepas ni. Aku mampu hadapi! Se lagi (satu lagi) kepada yang kenal aku, aku mintak maaf kalau ada yang terasa dengan kata-kata aku, pbuatan (perbuatan) aku, biasa la budak lagi, nakal lagi. Mtk (minta) halal kalau ad (ada) ambk (ambil) mkan (makan) minum.”

 ??  ?? GAMBAR Muhammad Ramadhan dalam coretannya pada 3 Januari lalu.
GAMBAR Muhammad Ramadhan dalam coretannya pada 3 Januari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia