Harian Metro

Mahu ikut jejak ayah

-

Shah Alam: “Bila badan sudah mula terbentuk, mulalah rasa nak jadi macam ayah,” itu kata Muhd Hazim Sazali, 16, anak kepada jaguh bina badan, Sazali Samad yang mahu mengikut jejak bapanya untuk menjadi seorang ahli bina badan.

Muhd Hazim berkata, dia mula aktif serta meminati sukan bina badan sejak setahun lalu dan bekerja keras untuk membentuk badannya dengan melakukan latihan bebanan lima kali seminggu dengan pemantauan bapanya sebagai jurulatih.

Katanya, dia ditemani sepupunya, Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi, 21, yang turut meminati bidang sama serta mencipta impian untuk bergelar jaguh bina badan satu hari nanti.

“Sebenarnya saya sudah mengikut ayah ke gim ketika berusia lapan tahun lagi tetapi belum timbul minat lagi untuk membina badan. Tetapi sekarang apabila melihat bina badan sudah menjadi trend dalam kalangan remaja, saya mahu mencuba.

“Kesungguha­n untuk membina badan mula membuak apabila melihat badan sudah terbentuk, lalu meminta ayah untuk melatih saya menjadi sepertinya,” katanya ketika ditemui menjalani latihan di Stadium Shah Alam, di sini.

Menurutnya, ayahnya tidak pernah memaksa adik beradiknya untuk meminati sukan bina badan dan kini hanya dia seorang yang mahu mengikuti jejak bapanya yang akan berlatih bersama-sama di gim yang berlainan setiap minggu.

Katanya yang juga anak kedua daripada lima beradik, dia seorang yang aktif dengan sukan olahraga dan badminton sebelum ini menyebabka­n dia kurang terdedah dalam aktiviti bina badan serta kebaikan menjaga kesihatan dalaman.

Sepupu Hazim, Syed Muhammad Hafiz berkata, sebelum ini dia membuat latihan bebanan seorang diri namun apabila diajak untuk berlatih bersama Sazali Samad, dia sangat teruja.

“Saya meminati sukan bina badan ketika berusia 19 tahun tetapi ketika itu tiada pengawasan daripada mana-mana jurulatih. Apabila ditawarkan berlatih bersama bapa saudara, siapa yang tidak mahu menjadi anak didik Mr Universe 10 kali.

“Keluarga juga tidak menghalang untuk saya mencipta karier dalam sukan ini dan jika kami (bersama Hazim) berlatih bersungguh-sungguh, kami ada peluang cerah kerana masih muda,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, meskipun baru beberapa bulan melakukan latihan bebanan bersama Sazali, badannya sudah terbentuk dan yakin akan menunjukka­n hasil yang memuaskan dalam masa tidak kurang dua tahun lagi.

Sementara itu, Sazali Samad, 49, berkata, tidak menjadi satu kesalahan untuk meminati sukan bina badan pada usia muda remaja, sebaliknya ia adalah satu aktiviti yang bermanfaat terutamany­a untuk kesihatan badan.

“Memang trend remaja sekarang suka berbadan sado tetapi ia tidak memudaratk­an jika dilakukan dengan betul. Pengawasan dan permulaan latihan penting bagi memastikan tidak berlaku kecederaan.

“Saya tidak memaksa Hazim untuk meminati bina badan sebaliknya dia sendiri minta saya melatihnya. Namun untuk permulaan, saya tidak boleh melatih dengan keras kerana dia juga perlu menumpukan pada pelajaran,” katanya ketika ditemui, di sini.

Menurutnya, sepanjang proses melatih anak dan anak saudaranya itu, secara tidak langsung dia juga turut berlatih bagi mengekalka­n bentuk badannya yang masih menyimpan hasrat untuk bertanding.

 ??  ?? SAZALI (tengah) bersama anaknya Muhd Hazim (kiri)
d anak saudaranya, Syed
Muhammad Hafiz Syed A di Xclusive Fitnesz, Stadium
Shah Ala
SAZALI (tengah) bersama anaknya Muhd Hazim (kiri) d anak saudaranya, Syed Muhammad Hafiz Syed A di Xclusive Fitnesz, Stadium Shah Ala

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia