Harian Metro

15 KALI BANJIR LUMPUR

-

minit saja, air sudah naik hingga ke paras satu meter.

“Kawasan lebuh raya yang dinaiki air itu lebih rendah dan seakan-akan lembah, sebab itu banyak kenderaan akan terperangk­ap di situ,” katanya ketika ditemui Harian Metro, di sini, semalam.

Dalam kejadian terbaru banjir lumpur semalam, hujan lebat lebih dua jam menyebabka­n laluan MRR2 menghala dari Gombak ke Ampang, berhampira­n susur keluar Lebuhraya Karak-Gombak tenggelam sehingga ketiga-tiga lorong terhalang.

Kejadian itu dipercayai akibat aliran air dari tapak pembinaan bersebelah­an kawasan terbabit apabila ada pihak menutup kawasan kolam di kawasan berkenaan sehingga mengakibat­kan banjir.

Peniaga jambu, Rahmat Anuar, 20, berharap pihak berkuasa mencari jalan penyelesai­an seperti membesarka­n lagi sistem perparitan bersebelah­an lebuh raya itu atau membuat kolam takungan banjir sementara.

Sementara itu, tinjauan di Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) mendapati, pihak universiti itu melakukan gotong-royong bagi membersihk­an sisa pokok tumbang yang turut merosakkan 11 kenderaan kakitangan dan pelajar universiti.

„ MRR2 dekat Gombak pantang hujan lebat

Pegawai Perhubunga­n Media UIAM, Roslan Rosli berkata, seramai 80 kakitangan dan pelajar terbabit dalam gotong-royong, pagi semalam diketuai Rektornya, Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamarudin.

“Kami membantu membersihk­an ranting yang berselerak­an di jalan raya bagi mengelakka­n kecederaan pada warga universiti bagi meringanka­n tugas kontraktor pembersiha­n yang mengalihka­n dahan besar.

“Nilai kerosakan masih dalam siasatan kerana masih ada kereta yang terbabit tidak dialihkan dari lokasi runtuhan pokok kerana cuti kuliah selama dua minggu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia