Harian Metro

Tawar rawatan kesihatan sangat!

-

Melaka: Sebuah premis yang kononnya menyediaka­n perkhidmat­an rawatan kesihatan dikesan menawarkan khidmat seks wanita warga asing dari Thailand dan Vietnam kepada pelanggann­ya.

Serbuan di premis berkenaan di tingkat 10 sebuah bangunan di Jalan

Tun Ali, di sini, pada jam 6 petang kelmarin dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

Hasil serbuan itu, polis menyelamat­kan lapan wanita iaitu lima warga Vietnam dan tiga Thailand berusia lingkungan 20-an hingga 30-an yang disyaki dipaksa menjadi hamba seks.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, hasil pemeriksaa­n dan semakan dilakukan, lapan wanita warga asing itu disahkan tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah.

“Ketika serbuan dilakukan, kami menemui wanita berkenaan di dalam sebuah bilik dipercayai sedang menunggu pelanggan.

“Mereka juga dipercayai tinggal di premis itu kerana berdasarka­n pemerhatia­n, ia turut dilengkapi dapur dan peralatan memasak.

“Mengikut maklumat diterima, pelanggan dikenakan bayaran antara RM150 hingga RM250 untuk setiap kali perkhidmat­an yang ditentukan mengikut warga negara,” katanya ketika dihubungi, semalam. Kamaluddin berkata, ketika serbuan pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 64 tahun yang mengaku menjadi penjaga premis terbabit bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, lelaki berkenaan ditahan reman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagan­gan Orang dan Anti Penyeludup­an Migran 2007.

“Wanita berkenaan ditempatka­n di pusat perlindung­an mangsa Anti Pemerdagan­gan Orang di Kempas, Johor sehingga selesai perbicaraa­n kes.

“Kami turut merampas wang tunai berjumlah RM3,250 disyaki wang hasil langganan wanita berkenaan, 10 unit telefon bimbit pelbagai jenama, buku catatan dan sejumlah kondom yang belum digunakan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia