Harian Metro

Remaja didakwa rogol budak 12 tahun

- Hasbullah Azhar am@hmetro.com.my

Seorang remaja berusia 18 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Selayang, di sini, semalam, atas tuduhan merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di bilik tidur sebuah rumah di Batu Caves, awal bulan ini.

Tertuduh bagaimanap­un mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Iriane Isabelo.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu jam 11 malam pada 5 Januari lalu.

Nelayan di Tanjung Kling, di sini, bukan sahaja berputih mata akibat peralatan menangkap ikan termasuk pukat rosak, malah mereka juga berasa terancam dengan kehadiran kapal korek disyaki terbabit dalam aktiviti curi pasir di pantai itu yang beroperasi hingga lewat malam.

Sidek Jaffar, 58, berkata, tindakan operator kapal korek berkenaan yang melanggar pukat miliknya dianggap perbuatan kurang ajar, malah dalam kejadian sebelum ini, dia kerugian lebih RM4,000 akibat kerosakan alat menangkap ikan.

Katanya, tindakan operator kapal korek itu mengambil pasir sesuka hati di perairan Tanjung Kling, Pantai Klebang dan Pantai Puteri menyukarka­n nelayan mencari lokasi sesuai untuk memasang pukat.

“Dulu hal ini hanya dibincangk­an dalam kalangan kami kerana dianggap tidak serius. Ketika itu hanya ada dua atau tiga kapal, sekarang jumlahnya bertambah kepada tujuh.

“Kapal berkenaan beroperasi waktu malam tanpa memasang lampu kecuali ketika hujan lebat. Kalau ada pun, hanya lampu ‘beacon’ (lampu mata arah) yang menyukarka­n kami mengesan kedudukan sebenar mereka.

“Bagi mengesan kedudukan kapal, kami terpaksa berpanduka­n bunyi deruan enjinnya yang menyedut pasir,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat

„

berhubung isu itu di Kampung Hailam, di sini, semalam.

Rakannya, Aziz Japar, 52, berkata, setakat ini tiga kali pukatnya rosak akibat dilanggar kapal korek berkenaan, malah perahu miliknya juga nyaris dirempuh.

 ??  ?? KHAIRULAZN­I mengadakan
perbincang­an dengan nelayan di Tanjung Kling.
KHAIRULAZN­I mengadakan perbincang­an dengan nelayan di Tanjung Kling.
 ??  ?? LAPORAN muka depan Harian Metro, semalam.
LAPORAN muka depan Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia