Harian Metro

Kerajaan minta nelayan bersabar

-

Melaka: Kerajaan negeri akan melakukan siasatan segera bagi memastikan aktiviti mengorek pasir di perairan Selat Melaka berhampira­n Tanjung Kling, di sini, dilakukan mengikut peraturan.

Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian dan Pembanguna­n Usahawan negeri, Datuk Hasan Abdul Rahman berkata, ia berikutan dakwaan berlaku aktiviti curi pasir hingga menyebabka­n perairan Tanjung Kling tercemar dan menjejaska­n nelayan.

“Siasatan bakal dilakukan akan membabitka­n semua pihak berkuasa termasuk pegawai daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri.

“Kepada nelayan khususnya di Tanjung Kling yang didakwa terjejas akibat aktiviti mengorek pasir, saya minta mereka bersabar hingga sebarang keputusan diambil,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga meminta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan negeri berjumpa persatuan nelayan bagi mendapatka­n kepastian sama ada aktiviti mengorek pasir yang dilakukan sekarang menjadi punca pendapatan nelayan terjejas.

“Selain kerjasama LKIM dan Jabatan Perikanan, saya sendiri akan turun padang dalam tempoh terdekat bagi menilai kemerosota­n tangkapan dialami nelayan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Tanah dan Galian (Persekutua­n Negeri Melaka) Azree Abidin berkata, pihaknya tidak terbabit dalam urusan permohonan atau kelulusan bagi mendapatka­n konsesi mengorek pasir kerana ia diuruskan ibu pejabat di Putrajaya.

Menurutnya, sebarang ulasan berhubung perkara itu juga perlu dilakukan atau dirujuk terus kepada pegawai berkenaan yang bertugas di ibu pejabat.

 ?? Hasan Abdul Rahman ?? Saya sendiri akan turun padang dalam tempoh terdekat bagi menilai kemerosota­n tangkapan dialami nelayan” KAPAL korek pasir berhampira­n Tanjung Kling yang dirakam pada waktu senja.
Hasan Abdul Rahman Saya sendiri akan turun padang dalam tempoh terdekat bagi menilai kemerosota­n tangkapan dialami nelayan” KAPAL korek pasir berhampira­n Tanjung Kling yang dirakam pada waktu senja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia