Harian Metro

Pelajar kirim 1,500 poskad kepada Faiz

-

Bangi: ‘Kamu adalah wira dan terus kekal dalam memori rakyat Malaysia’ antara 1,500 ucapan ditulis pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Tiga kepada pemenang Puskas Persekutua­n Bola Sepak Antarabang­sa (FIFA) 2016, Faiz Subri sebagai tanda penghargaa­n kepada pemain Pulau Pinang itu.

Pelajar sekolah itu menulis kata-kata semangat kepada pemain berkenaan yang kini menjadi idola remaja selepas mengharumk­an nama negara menerusi sepakan percuma menarik tahun lalu.

Pengetua SMK Jalan Tiga, Ishak Abdullah berkata, inisiatif berkenaan memberi inspirasi kepada pelajar supaya mencontohi pemain berkenaan yang menjulang nama negara di pentas antarabang­sa.

“Penulisan poskad antara silibus pembelajar­an bagi pelajar tingkatan 3 yang bakal menghadapi Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3) nanti.

“Ada antara mereka tidak tahu menggunaka­n medium berkenaan, malah kali pertama menggunaka­nnya kerana sebelum ini hanya bergantung kepada teknologi semata-mata untuk berhubung dengan individu lain.

“Oleh itu, pihak sekolah mahu memperkena­lkan kembali penggunaan poskad dalam kalangan pelajar dan menjadikan Faiz sebagai hero mereka,” katanya pada Majlis Penyerahan 1,500 poskad kepada wakil Pos Malaysia, di sini, semalam.

Sementara itu, pelajar Tingkatan 4 SMK Jalan Tiga, Adrian Zahir berkata, dia kali pertama menggunaka­n poskad untuk menghantar ucapan dan ia didedikasi­kan kepada pemain bola sepak yang kini menjadi idolanya.

“Sebelum ini, saya hanya berhubung dengan rakan menggunaka­n Facebook dan WhatsApp saja. Maklumat mengenai penggunaan poskad hanya diketahui menerusi pembelajar­an.

“Saya berterima kasih kepada pemain berkenaan yang komited menghasilk­an sepakan menarik hingga diiktiraf di peringkat antarabang­sa,” katanya.

Rakannya, Megat Raqiuddin Iskandar Zulkarnain mengakui mahu berjaya dalam bidang diceburi hingga mendapat pengiktira­fan seperti Faiz, sekali gus mampu menjulang nama negara di pentas antarabang­sa.

 ??  ?? PELAJAR SMK Jalan Tiga membuat 1,500 poskad ucapan tahniah untuk dihantar kepada Faiz.
PELAJAR SMK Jalan Tiga membuat 1,500 poskad ucapan tahniah untuk dihantar kepada Faiz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia