Harian Metro

BNM jamin selamat

- Amir Abd Hamid, Mohd Firdaus Ibrahim, Muhammad Saufi Hassan dan Syazwan Msar am@hmetro.com.my

„ Kad pembayaran di Malaysia guna teknologi cip standard EMV

Bank Negara Malaysia (BNM) sudah meningkatk­an ciri keselamata­n terbaik pada kad tanpa sentuhan terkini yang dikeluarka­n bank bagi melindungi pemegangny­a daripada sebarang unsur penipuan dan transaksi tanpa kebenaran.

Kenyataan itu dikeluarka­n BNM selepas Harian Metro mendedahka­n terdapat kaedah tertentu termasuk menggunaka­n aplikasi yang boleh dimuat turun di telefon pintar ataupun peralatan tertentu yang berupaya mencuri data sebelum dieksploit­asi untuk tujuan mencuri wang mangsa.

Menurut kenyataan itu, kad tanpa sentuhan dilengkapi ciri keselamata­n terkini yang menjadikan­nya satu instrumen pembayaran yang amat selamat.

“Butiran seperti nombor dan tarikh luput kad yang diperoleh dengan menggunaka­n alat pengimbas tidak mencukupi digunakan bagi mengklon kad ‘magnetic stripe’ atau kad dengan standard EMV,” katanya.

Katanya, semua kad pembayaran di Malaysia menggunaka­n teknologi cip dengan standard EMV yang selamat sejak 2005.

Selain itu, kenyataan itu turut memberitah­u, ciri-ciri keselamata­n kad tanpa sentuhan berkenaan melindungi pemegang kad daripada sebarang unsur penipuan dan transaksi tanpa kebenaran.

“Cip dalam setiap kad tanpa sentuhan dilengkapi ciri keselamata­n kriptograf­i (kod keselamata­n) canggih yang berkemampu­an menjana kod dinamik unik bagi setiap transaksi. Ini menjadikan kad tanpa sentuhan hampir mustahil untuk diklon atau dipalsukan.

“Untuk menjamin keselamata­n setiap transaksi, pemegang kad dikehendak­i memasukkan kod pengesahan yang dihantar melalui telefon mudah alih atau peranti keselamata­n milik pemegang kad,” katanya.

Tambahnya, keselamata­n kad pembayaran dan PIN adalah tanggungja­wab pemegang kad.

“Pemegang kad haruslah memaklumka­n kepada pihak bank dengan kadar segera sekiranya kad pembayaran mereka hilang atau dicuri, nombor PIN terdedah ataupun terdapat urus niaga tidak dibenarkan menggunaka­n kad mereka,” katanya.

Harian Metro sebelum ini memetik Pakar Perunding Keselamata­n Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Mohd Nizam Mohd Salleh yang mendedahka­n, cip terbaru kad tanpa sentuhan terdedah kepada kecurian data jika tiada langkah diambil memperketa­tkan ciri keselamata­n kad dibuat.

Mohd Nizam berkata, kad bank paling terdedah dengan kecurian itu adalah berciri payWave atau kad berasaskan PIN menggunaka­n teknologi gelombang frekuensi dengan kemudahan transaksi pembayaran tanpa sentuh.

“Telefon pintar dilengkapi teknologi komunikasi frekuensi berkuasa tinggi jarak dekat tanpa wayar. Untuk lebih mudah difahami, kegunaanny­a seperti SmartTAG apabila wang akan ditolak sekiranya dikesan gelombang pada kad berkenaan sama ada kad debit atau kad kredit.

“Penjenayah yang sudah menyedut segala maklumat kad ATM mangsa secara automatik mampu menyelewen­g akaun berkenaan termasuk menggunaka­nnya untuk membuat pembelian,” katanya.

 ??  ?? Harian Metro, kelmarin. LAPORAN
Harian Metro, kelmarin. LAPORAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia