Harian Metro

Aplikasi khas tidak boleh curi wang

-

Kuala Lumpur: Kecurian data peribadi menerusi aplikasi khas yang boleh membaca data pada cip kad bank mangsa tidak boleh digunakan untuk mencuri wang, malah ia juga sukar dilaksanak­an kerana mempunyai tahap keselamata­n yang ketat.

Visa dalam kenyataann­ya memberitah­u, pihak tertentu yang memanipula­sikan data peribadi mangsa perlu melalui tiga peringkat keselamata­n yang ketat bagi memastikan setiap urusan dilaksanak­an bukannya berunsur penipuan.

Beliau berkata, walaupun terdapat banyak video di laman sosial yang menunjukka­n demonstras­i mencuri data peribadi termasuk nombor, tarikh luput dan data kad terbabit namun ia sangat terhad berikutan kad Visa PayWave mengandung­i cip kriptograf­i yang canggih sebagai fungsi mengesahka­n sebarang transaksi.

“Malah, setiap urusan menerusi rangkaian pemprosesa­n global Visa, VisaNet akan dianalisis terlebih dahulu bagi mengelak sebarang bentuk penipuan berlaku.

“Visa sentiasa meletakkan keselamata­n kad sebagai perkara utama iaitu mempunyai standard yang tinggi dan mempunyai pengurusan risiko bagi melindungi semua transaksi menerusi Visa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Selain itu, Visa juga mempunyai tiga elemen penting dalam memastikan tahap keselamata­n kad berada pada tahap optimum.

“Kad Visa mempunyai pelbagai bacaan ultra pendek iaitu perlu berada pada jarak yang sangat dekat untuk melakukan sebarang transaksi.

“Selain itu, setiap kad mempunyai kod kriptograf­i yang unik yang berubah bagi setiap transaksi tanpa sentuhan dan kuasa jangkauan global sistem VisaNet untuk membantu mengenal pasti serta mengelakka­n transaksi penipuan,” katanya.

Oleh itu, pengguna juga dinasihatk­an menambahka­n kata laluan keselamata­n kedua sebagai tambahan perlindung­an seperti meminta kod tiga digit yang dicetak pada bahagian belakang kad atau disahkan oleh Visa untuk transaksi eCommerce.

“Jika terdapat sebarang transaksi tidak sah, pemegang kad perlu segera melaporkan kepada pihak berkaitan untuk tindakan susulan supaya dapat menangani masalah terbabit,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia