Harian Metro

Jaminan RM5,000

- Mary Victoria Dass maryvictor­ia@hmetro.com.my

Majikan yang didakwa mendera pekerjanya menggunaka­n objek tumpul dan pemetik api kerana berang mangsa gagal menepati sasaran jualan, berdepan hukuman penjara 10 tahun sekiranya disabitkan kesalahan mendatangk­an kecederaan terhadap pekerjanya.

Tertuduh yang juga bapa kepada empat anak, Mohd Firdaus Zahari, 36, didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 10.26 malam, 10 Januari lalu, di rumah kedai bernombor 120, Jalan Bakawali 52, Taman Johor Jaya, di sini.

Dia didakwa mendatangk­an kecederaan dengan menggunaka­n senjata terhadap Mohd Firdaus Ibrahim dari FELDA Nitar, Mersing.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwara­ya Muhammad Syafiq Ghazali manakala tertuduh diwakili peguambela Muhammad Ashraff Mohd Diah.

Terdahulu Muhammad Syafiq mencadangk­an mahkamah menetapkan jaminan berjumlah RM15,000 terhadap tertuduh.

Bagaimanap­un, Muhammad Ashraff menyatakan jumlah wang jaminan itu terlalu tinggi dan ia bagaikan hukuman kerana tertuduh tidak mampu membayar menyebabka­nnya terpaksa ditahan sementara menunggu perbicaraa­n.

Menurutnya, sehingga peringkat ini tertuduh masih tidak bersalah di sisi undang-undang dan berita yang tular di media sosial adalah tidak adil kerana menghakimi anak guamnya tanpa sebarang bukti.

Katanya, anak guamnya masih menyara empat anak berusia antara 4 hingga 12 tahun selain isterinya tidak bekerja.

Berikutan itu, Muhammad Ashraff merayu mahkamah merendahka­n wang jaminan sebelum Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias membenarka­n tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin. Mohd Azlan Shah turut menetapkan 16 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sementara itu, isteri tertuduh bersama anak-anaknya didapati hadir ke mahkamah namun keluarga mangsa tidak kelihatan.

Pada 13 Januari lalu, akhbar ini melaporkan keluarga seorang jurujual pewangi kereta mendakwa mangsa didera majikan hingga cedera di beberapa anggota badan dan terpaksa mendapatka­n rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

„ Majikan dera pekerja berdepan penjara 10 tahun

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia