Harian Metro

Desak Myanmar beri kebenaran akses tanpa halangan

-

Lumpur: Malaysia akan terus mendesak kerajaan Myanmar supaya membenarka­n akses tanpa halangan bantuan kemanusiaa­n kepada masyarakat Rohingya di Rakhine, tegas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata, perkara itu adalah antara tiga perkara utama yang akan dipastikan Kuala Lumpur terkandung dalam resolusi sempena mesyuarat khas peringkat menteri Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengenai Rohingya, di sini hari ini.

“Resolusi lain ialah kita akan mendesak pengiktira­fan ke atas langkah yang diambil oleh kerajaan Myanmar untuk memperbaik­i keadaan komuniti yang terdedah kepada penindasan termasuk minoriti Rohingya Islam di wilayah Rakhine.

“Malaysia juga menzahirka­n kebimbanga­n terhadap tindakan keganasan dan pencabulan hak asasi manusia ke atas minoriti terbabit dan penularan kesannya akibat perbuatan itu,” katanya pada sidang media selepas meninjau persiapan terakhir bagi Mesyuarat Sesi Luar Biasa Majlis Menteri-Menteri Luar OIC Mengenai Keadaan Masyarakat Islam Rohingya di Myanmar di sini, semalam.

OIC mempunyai 57 negara anggota.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menyampaik­an ucaptamany­a sebelum semua menteri luar terbabit bermesyuar­at bagi mencapai kata sepakat dalam dua dokumen bagi sesi berkenaan.

Anifah berkata, dokumen terbabit ialah Resolusi Situasi Umat Islam Rohingya di Myanmar dan Pernyataan Akhir Sesi Luar Biasa berkenaan.

Dalam pada itu, kata beliau, mesyuarat terbabit adalah inisiatif Malaysia bagi membincang­kan nasib umat Islam yang ditindas dan dibunuh di Myanmar ketika ini.

Katanya, masalah Rohingya bukan isu baru dan dalam beberapa bulan lalu, dunia menyaksika­n kesan akibat tindakan di negara terbabit melalui penghijrah­an beramai-ramai masyarakat Islam terbabit ke Bangladesh.

“Ini masalah yang diambil berat oleh OIC memandangk­an ia memberi kesan kepada ummah, yang menjadi tanggungja­wab OIC untuk melindungi­nya.

“Jadi kita bincangkan masalah ini kerana ia perlu tindakan segera,” katanya.

Berlabuh di Yangon. Kebenaran itu diberikan secara lisan kerajaan Myanmar dalam pertemuan penting delegasi Malaysia, di sini, semalam yang membincang­kan misi Food Flotilla For Myanmar masuk ke negara ini untuk menghantar bantuan.

Duta Besar Malaysia ke Myanmar Mohd Haniff Abd Rahman berkata, atas faktor keselamata­n, permintaan untuk berlabuh dan menyerahka­n 1,000 tan bantuan di Sittwe ditolak pihak berkuasa.

Katanya, pihaknya berharap mendapat jawapan bertulis dalam masa terdekat bagi memudahkan persiapan sekretaria­t menyusun atur pergerakan misi itu yang dijadual berlepas pada 3 Februari depan.

“Kedua-dua pertemuan hari ini berlangsun­g dalam suasana yang baik dan positif. Kerajaan Myanmar juga berterima kasih dengan misi berkenaan.

“Bagaimanap­un, atas faktor politik dan keselamata­n di Sittwe, kita hanya ke Yangon dan menyerahka­n barang kita di sana. Kemudian, semua barangan ini dihantar ke Sittwe,” katanya.

Dua pertemuan bersama Ketua Pengarah Organisasi Antarabang­sa dan Ekonomi Kementeria­n Luar Negeri Myanmar Kyaw Moe Tun dan Menteri Kebajikan Masyarakat, Bantuan dan Penempatan Semula Myanmar Dr Win Myat Aye.

Mohd Haniff berkata, dalam perbincang­an itu, kerajaan Myanmar meminta penganjur flotilla mematuhi ketetapan yang sudah dibuat dan bersedia membantu.

Katanya, delegasi juga sudah berbincang secara terperinci mengenai logistik dan barangan yang akan dibawa dari Malaysia sepanjang misi itu nanti.

“Kita dimaklumka­n peluang untuk ke Sittwe tipis berdasarka­n situasi semasa. Jadi kita akan sampai ke Yangon saja di mana satu majlis penyerahan akan diadakan di sini dan disaksikan kedua-dua pihak, NGO Malaysia dan pihak berkuasa Myanmar.

“Secara prinsipnya begitu. Buat masa ini, kita masih belum dapat kata putus dari mereka. Kita masih memerlukan hitam putih untuk misi ini. Saya harap kita peroleh dalam masa terdekat.

“Bila barang itu diserahkan mereka juga bekerjasam­a dengan Kementeria­n Pengangkut­an negara ini untuk membawa sumbangan itu ke Sittwe,” katanya.

Turut serta Ketua Penerangan Kelab Putera 1 Malaysia (KP1M) Datuk Razali Ramli dan Naib Presiden KP1M Harridzs Mohan Abdulah.

Sementara itu, Harridzs berkata, penganjur flotilla mengharapk­an hasrat untuk memasuki pelabuhan Sittwe mendapat kelulusan memandangk­an ada keperluan untuk terus ke kawasan itu.

“Kita terima penjelasan kerajaan Myanmar mengenai keadaan yang ada tiga kekangan iaitu walaupun kita dapat kelulusan dari kerajaan memerintah, kita ada kerajaan negeri dan tentera,” katanya.

 ??  ?? RAZALI (kanan) bersalaman dengan Dr Win sambil diperhatik­an Mohd Haniff.
RAZALI (kanan) bersalaman dengan Dr Win sambil diperhatik­an Mohd Haniff.
 ?? Anifah Aman ?? Kita akan mendesak pengiktira­fan ke atas langkah yang diambil oleh kerajaan Myanmar untuk memperbaik­i keadaan”
Anifah Aman Kita akan mendesak pengiktira­fan ke atas langkah yang diambil oleh kerajaan Myanmar untuk memperbaik­i keadaan”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia