Harian Metro

Perkemas standard keselamata­n

- Hayati Ibrahim ya_t@hmetro.com.my

Jawatankua­sa Standard dan Keselamata­n Barang-barang Pengguna akan memperluas­kan pemberian standard kepada lebih banyak produk sama ada buatan tempatan atau diimport bagi memastikan keselamata­nnya terhadap pengguna.

Jawatankua­sa berkenaan dianggotai Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK), Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementeria­n Kesihatan, serta SIRIM dan Jabatan Standard Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, selain alat permainan kanak-kanak, standard berkenaan turut diberikan kepada produk seperti tayar celup, bateri telefon, pengecas mudah alih (power bank) dan dron.

Selain itu, katanya, lebih banyak lagi produk akan dikenal pasti untuk diberikan standard ini sebelum dibenarkan dijual di pasaran.

“Produk berkenaan akan diluluskan jawatankua­sa ini dahulu sebelum dijual terutama barang yang diimport dari luar negara susulan beberapa kejadian letupan pelbagai peralatan yang diguna oleh pengguna sejak kebelakang­an ini.

“Jadi, kalau nak import sesuatu barang, (peniaga) kena mendapatka­n kelulusan daripada jawatankua­sa ini, mereka perlu membawa sampel produk untuk diuji dan dikaji supaya tidak ‘lari’ dari standard yang ditetapkan,” katanya selepas mengumumka­n Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Tahun Baru Cina 2017 di kementeria­nnya di sini, semalam.

Hamzah berkata, pengimport­an hanya boleh dilakukan selepas mendapat kelulusan jawatankua­sa ini, dan ia bertujuan memastikan barang pengguna yang ada di negara ini selamat digunakan.

“Penetapan standard itu akan mengambil sedikit masa kerana ujian dan kajian yang dilakukan boleh mengambil masa sehingga enam bulan.

“Jadi, kita akan umumkan satu persatu produk yang sudah mempunyai standard berkenaan,” katanya.

Menurutnya, tindakan boleh diambil terhadap mereka yang melanggar peraturan berkenaan atau tidak mendapatka­n standard bersesuaia­n bagi produk yang diimport.

Putrajaya: Peniaga diingatkan tidak mengambil keuntungan berlebihan atau berdepan dengan tindakan tegas sepanjang pelaksanaa­n Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Tahun Baru Cina 2017 yang berkuat kuasa dari 23 Januari hingga 3 Februari ini.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, skim ini dilaksanak­an untuk menstabilk­an harga dan memastikan barang keperluan mencukupi pada musim perayaan.

“Jadi, peniaga jangan mengambil kesempatan melakukan kesalahan mengaut keuntungan berlebihan kerana individu yang didapati menjual melebihi harga maksimum boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.

“Syarikat juga tidak terkecuali kerana mereka boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000 jika melakukan kesalahan berkenaan,” katanya mengumumka­n SKHMP Tahun Baru Cina 2017, di kementeria­nnya di sini, semalam.

Hamzah berkata, 13 barangan dikenakan kawalan harga dalam tempoh 12 hari skim berkenaan dilaksanak­an iaitu lima hari sebelum, pada hari perayaan dan enam hari selepas perayaan.

Hamzah berkata, harga maksimum ini ditentukan untuk 149 daerah atau kawasan seluruh negara, dan ia ia dilaksanak­an mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011.

“Harga maksimum pengeluar, pemborong dan runcit ditentukan mengikut 89 daerah di Semenanjun­g, 32 daerah di Sarawak, 27 daerah di Sabah dan satu

„ Barang buatan tempatan, import perlu dapat kelulusan untuk lindungi pengguna

 ?? Hamzah Zainudin ?? Produk berkenaan akan diluluskan jawatankua­sa ini dahulu sebelum dijual terutama barang yang diimport dari luar negara susulan beberapa kejadian letupan pelbagai peralatan yang diguna oleh pengguna sejak kebelakang­an ini”
Hamzah Zainudin Produk berkenaan akan diluluskan jawatankua­sa ini dahulu sebelum dijual terutama barang yang diimport dari luar negara susulan beberapa kejadian letupan pelbagai peralatan yang diguna oleh pengguna sejak kebelakang­an ini”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia