Harian Metro

PLUS tawar rebat 50%

-

Petaling Jaya: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menawarkan rebat tol 50 peratus kepada pengguna kenderaan Kelas 1 (kereta atau kenderaan dua gandar) yang membayar tol secara elektronik untuk perjalanan selepas tengah malam pada musim perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

Pengarah Urusannya, Datuk Azman Ismail berkata, rebat itu akan diberi kepada pengguna rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuh raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) pada 27 dan 30 Januari serta pada 3 dan 4 Februari ini.

Beliau berkata, rebat itu diberikan untuk perjalanan mulai jam 12 tengah malam hingga jam 6 pagi pada empat hari terbabit dan pengguna yang memulakan perjalanan lebih awal, tetapi keluar tol pada tempoh waktu berkenaan turut mendapat rebat.

“Ini langkah PLUS untuk mengagihka­n trafik yang lazimnya amat tinggi pada waktu siang dan membahagik­an sebahagian daripadany­a ke waktu malam hingga awal pagi,” katanya pada sidang media strategi PLUS menghadapi pertambaha­n trafik pada musim perayaan Tahun Baru Cina 2017 di Persada PLUS, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi PLUS Mohammad Fuad Khusairi.

Katanya, pada tarikh terbabit, pengguna sistem bayaran elektronik masih perlu membuat bayaran tol seperti biasa, tetapi rebat itu akan dimasukkan ke dalam kad Touch ‘n Go, SmartTAG atau kad PLUSMiles masing-masing apabila menambah nilai kad mereka dalam tempoh empat bulan iaitu dari 15 Februari hingga 14 Mei tahun ini di pusat khidmat pelanggan di lebuh raya PLUS.

Menurutnya, PLUS turut mengeluark­an Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi lebuh raya itu dan maklumat lanjut mengenainy­a boleh diperoleh dengan melayari Twitter PLUSTrafik, aplikasi PLUS Mobile Apps atau menghubung­i talian PLUSLine 1800-88-0000.

 ??  ?? AZMAN (kanan) bersama Mohammad Fuad menunjukka­n strategi PLUS bagi mengelakka­n kesesakan lalu lintas sepanjang Tahun Baru Cina 2017.
AZMAN (kanan) bersama Mohammad Fuad menunjukka­n strategi PLUS bagi mengelakka­n kesesakan lalu lintas sepanjang Tahun Baru Cina 2017.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia